View: 1238|Reply: 12
|
[Dunia]
Harga tiket Candi Borobudur dicadang dinaikkan 750,000 rupiah
[Copy link]
|
|
Harga tiket yang dinaikkan adalah untuk naik ke kawasan stupa, lokasi suci kuil Borobudur. - Google
Harga tiket Candi Borobudur dicadang dinaikkan 750,000 rupiah
JAKARTA – Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo menjelaskan alasan menaikkan bayaran masuk ke Candi Borobudur kepada 750,000 rupiah (RM227) untuk pelawat tempatan adalah bagi mengehadkan jumlah pengunjung di puncak candi berkenaan, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.
Ganjar berkata, caj 750,000 rupiah dikenakan kepada pelancong yang ingin naik ke Candi Borobudur, namun tiket ke kawasan candi hanya 50,000 (RM15).
Bagaimanapun, pelancong yang membayar tiket 50,000 rupiah hanya boleh memasuki pekarangan Borobudur dan tidak boleh naik ke kawasan stupa iaitu lokasi suci kuil berkenaan.
Tambah Ganjar, buat masa ini pelancong masih tidak dibenarkan naik ke kuil. Mereka hanya boleh berada di kawasan halaman Candi Borobudur.
Menurutnya, setakat ini pelan bayaran yang dicadangkan adalah 750,000 rupiah untuk pelancong tempatan dan A$100 (RM439) untuk pelancong asing.
Sebelum ini, Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan telah menaikkan harga tiket ke Candi Borobudur dan kuota pelancong ke Candi Borobudur juga terhad kepada 1,200 orang sahaja sehari.
Mereka juga dikehendaki menggunakan khidmat pemandu pelancong daripada kalangan penduduk di sekitar kawasan Borobudur.
Luhut berkata, kenaikan harga tiket itu adalah untuk mengekalkan kekayaan sejarah dan budaya Indonesia. Namun, katanya, keputusan itu belum muktamad. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... kkan-750000-rupiah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ingat pula pergi tahun bila dan berapa ticket... 1st time pergi ada some part temple buat restoration tidak boleh visit... 2nd time pergi sudah habis candi restoration.... Rasa nya paling teruk rupa artifact restoration yang pernah tengok ada di indonesia... Bukan keji but memang hasil teruk sungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang dah banyak kali kesana eloklah fikirkan lawatan ketempat lain. Kali ni tambah mahal sebab kena guna khidmat guide mereka untuk sesi penerangan sepanjang disitu juga untuk pastikan tak ada yang cuba nak lakukan kerosakan. Mungkin mereka dah banyak berbelanja untuk process repair setiap kali ada kerosakan dilakukan belum lagi kena kesan gempa. Dulu boleh bebas nak explore sendiri mereka hanya belanja air minuman je. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpayahlah naik.. pegi tempat lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah pergi 2010 tp lupa tiket nk masuk berapa. murah lagi kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nya ... Jgn smpai xdo pengunjung pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kok 750,000???...gue bukan elon musk pak. |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia ni memang gitu caranya. Tangkuban Perahu pun sama harga utk pelancong luar sangat mahal. Sampai ke sudah aku tak pernah jejak. Pergi je kawah putih.... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 7-6-2022 09:02 PM
waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber ketabrak ...
ko gitu??? |
|
|
|
|
|
|
|
yang duduk2 tu ramainya orang2 depa jua kan |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik akak dh meras travel sana sini sblm covid dulu termasuklah ke borobudur ni
siap bergambo lg dekat stupa yg princess diana pegang dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|