CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 2

[Tempatan] 75 Ahli Parlimen desak Jabatan Peguam Negara, KPM berkecuali

[Copy link]
Post time 7-6-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode
75 Ahli Parlimen desak Jabatan Peguam Negara, KPM berkecuali


Ain Husniza (kiri) bersama bapanya dengan writ saman yang dikenakan pada 30 Nov 2021. Foto Instagram/@ainhsaifulnizam)

KUALA LUMPUR: Seramai 75 Ahli Parlimen pembangkang hari ini mendesak Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya bersikap berkecuali dalam kesan saman membabitkan pelajar sekolah, Ain Husniza Saiful Nizam.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen terbabit turut terperanjat dengan keputusan diambil Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan seorang Peguam Kanan Persekutuan untuk membela guru dan bekas guru besar dalam saman balas yang difailkan Ain Husniza dan ayahnya, Saiful Nizam Abdul Wahab.

Mereka berkata, pihak kerajaan khususnya Jabatan Peguam Negara dan KPM perlu bersikap berkecuali dalam pertikaian itu.

"Fokus kerajaan seharusnya diletak pada usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah di seluruh negara. Kami menegaskan bidang perguruan mesti dihormati, terutama dalam usaha mendidik dan membimbing masa depan anak kita.

"Institusi pendidikan perlu memberi penegasan bahawa sindiran seksual dan jenaka mengenai rogol, terutama terhadap remaja perempuan, tidak boleh diterima sama sekali.

"Pelantikan seorang Peguam Kanan Persekutuan dalam tindakan sivil persendirian yang dimulakan guru terbabit hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi persepsi yang negatif terhadap KPM dan kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara MP yang menandatangani kenyataan itu termasuk Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Loke Siew Fook (Seremban); Mohamad Sabu (Kota Raja); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); serta Datuk Darell Leiking (Penampang); Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai), Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh); Datuk Seri Dr Dzulkelfy Ahmad (Kuala Selangor) dan Lim Guan Eng (Bagan).

Ain Husniza dan bapanya yang disaman seorang guru dalam isu dakwaan gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, memfailkan tuntutan balas terhadap guru terbabit dan empat yang lain.

Kedua-dua plaintif memfailkan tuntutan balas mereka pada 4 Mac lalu dengan menamakan Khairul Nizam Sanuddin; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Sarimah Mohammed Nor; Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Anismah M Noh; Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga kelima.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen berkenaan berkata, kes Ain Husniza sebenarnya sudah mencetuskan lebih kebimbangan dan kegentaran dalam kalangan ibu bapa serta pelajar di sekolah seluruh negara, malah ia menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem pendidikan.

"Selain itu, dana pembayar cukai harus digunakan sewajarnya, namun kami turut menegaskan bahawa kami menghormati hak sesiapa saja untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk guru berkenaan.

"Jabatan Peguam Negara adalah pembela kepentingan orang awam. Ia tidak patut berpihak dalam kes persendirian yang sensitif seperti ini, tetapi haruslah membela kes yang membabitkan entiti kerajaan saja.

"Jabatan Peguam Negara sebagai penggubal rang undang-undang gangguan seksual seharusnya lebih peka terhadap kes seperti ini," katanya.

Ain Husniza (kiri) bersama bapanya dengan writ saman yang dikenakan pada 30 Nov 2021 (Gambar: Instagram/@ainhsaifulnizam)

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... gara-kpm-berkecuali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzi anak Jidin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jd ape anak die ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list