KUWAIT CITY: Gelombang kemarahan semakin meluas di Asia Barat terhadap kenyataan menghina oleh pegawai parti pemerintah India mengenai Nabi Muhammad SAW.
Pelbagai negara mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan dan memanggil perwakilan New Delhi, malah sebuah pasar raya di Kuwait memunggah keluar produk India dari rak jualannya.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul antara negara terkini mengecam kenyataan itu, dengan menegaskan ia 'bertentangan dengan prinsip serta nilai moral dan kemanusiaan.'
Kementerian Luar UAE menekankan akan 'perlunya menghormati simbol agama dan menentang ucapan kebencian', lapor agensi berita WAM.
Di Kuwait, pekerja pasar raya memunggah teh serta produk lain buatan India, keluar dari rak jualan bagi membantah kenyataan itu yang disifatkan sebagai 'Islamofobia'.
Di Koperasi Al-Ardiya yang terletak di luar Kuwait City, guni beras dan rak rempah serta cili ditutup dengan pelitup plastik.
"Kami keluarkan produk India daripada penjualan," demikian menurut makluman dalam bahasa Arab.
Ketua Pegawai Eksekutif kedai itu, Nasser Al-Mutairi, menegaskan kepada AFP: "Kami sebagai umat Islam di Kuwait, tidak menerima penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW."
Kenyataan Sharma yang ke udara melalui televisyen, minggu lalu, mencetuskan bantahan dan kemarahan umat Islam di India serta pelbagai negara Islam, malah ramai menuntut wanita itu ditahan.
BJP yang sering dituduh bertindak ke atas golongan minoriti Muslim di India, menggantung Sharma kerana 'memberi pandangan bertentangan pendirian parti.'
Ahad lalu, Qatar menuntut India memohon maaf atas kenyataan berbaur 'Islamofobia' itu ketika Naib Presiden India, Venkaiah Naidu, melawat negara berkenaan dalam usaha meningkatkan perdagangan.
Iran juga menyusuli langkah Qatar dan Kuwait dengan memanggil Duta India bagi mengemukakan bantahan oleh kerajaan serta rakyat, lapor agensi berita IRNA.
Universiti Al-Azhar pula menyifatkan kenyataan itu sebagai 'keganasan sebenar' dan 'boleh menjerumuskan seluruh dunia ke dalam krisis serta peperangan yang membawa maut.'
Liga Dunia Islam yang berpangkalan di Arab Saudi menegaskan, kenyataan berkenaan boleh 'menghasut kebencian', manakala Presiden Besar Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyifatkannya sebagai 'perbuatan keji.'
Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai enam negara Teluk juga 'mengutuk, menolak dan mengecam' kenyataan Sharma. - AFP
Post time 8-6-2022 07:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nokiaman replied at 8-6-2022 02:32 AM
Pedo...refernya..Nabi kawin masa Isteri beliau Umornya 9Tahun..
Ada Istilah lain ke...kalau kawin ...
Mungkin dia tak patut guna pakai apa2 perkataan pun sis? Instead, tunjuk je gambar kartun pedobear yang acap kali kita nampak kat ruang internet bukan sister? Maka ummah tak akan butthurt marah lagi dah sis? Namun mesej sheols akan tetap sampai segitu sis.
Post time 8-6-2022 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
zaman dulu tak ada nya istilah pedo.ikut sejarah kristian pon mary kawen dengan orang tua umur 90 tahun. mary pon mengandung tak cukup umur abis tu nak kata god father tu pedo? maharaja cina pon kawen bini bawah umur? yang negara india orang miskin sah sah kawen kan anak perempuan bawah umur.
Post time 8-6-2022 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Celaka betul forumer2 dlm ni yg mocking this issue, kalo ko kafir x payah nak sibuk2 hina agama org lain, no sense of respect and tolerance...aku muslim, aku respect all religion buddha hindu jews christian pagan etc etc sbb semua religion mengajar respect, universal love dan faith
AQIS dah mula kirim salam dah tu. Diorang siap ada keluarkan majalah macam hebahan mingguan kerajaan negeri tu. Mana nak dapat majalah ISEA? Nak gak tau amende la diorang ni. Ape projek masa depan, laporan kewangan, prospek penaja bagai ke ape.