View: 1165|Reply: 10
|
[Politik]
Wau! Abah, Bang Non sudah ada nombor... katanya!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin menyatakan sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook bagi pembentukan kerajaan baharu, kata Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Katanya, selain itu, sokongan 119 Ahli Parlimen itu turut dimaklumkan sendiri Muhyiddin dalam perbualan telefon.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu ada memberitahunya sudah berbincang dengan Anwar dan Loke.
“Kita berbicara menerusi perhubungan (panggilan) telefon. Dia ada menyebut dengan saya bahawa (beliau) ada sokongan 119 (Ahli Parlimen).
“Dia (Muhyiddin) juga menyatakan kepada saya, dia sudah berbincang dengan Anwar, Anthony Loke untuk membentuk kerajaan. So keadaan ini, kita dapat melihat kalau dia menafikan…terserahlah…,” katanya menurut laporan Awani.
Pada Ahad, Muhyiddin menafikan mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai perdana menteri.
“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa saya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, tuduhan tersebut adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, apa yang dibincangkan dalam siri pertemuan dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Katanya, perkara itu dibincangkan secara tidak rasmi apabila ada beberapa pemimpin parti pembangkang menemuinya selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/07/muhyiddin-bincang-dengan-anwar-loke-bentuk-kerajaan-baharu-dakwa-shafie/
|
|
|
|
|
|
|
|
apa nombor?? sok nak beli kat toto,kuda,magnum...kasi la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Atok fosil dinasor dominion apa nama tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke org pecaya Bang Non tu? bodo betul, tak habih2 kena kencing |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 7-6-2022 09:45 PM
Bkn ahmad maslan punya kes dh settle ke? Mohon kuarkan dia dari dlm gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak abis2 nombor..dari dulu sampai sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan segala masalah yg ada.. masih lg main nombor.. mmg suka berjudi la dia org nih |
|
|
|
|
|
|
|
Aliaskotonggo replied at 7-6-2022 11:11 PM
ada lagi ke org pecaya Bang Non tu? bodo betul, tak habih2 kena kencing
more like bangnon yg selalu kena tipu ngan mp lain ingat betul2 nk sokong, skali dah keluar statement "strong,formidable and convincing!" yg lain terus membisu last2 bangnon nampak bodow syok sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hilang2 lagi meroyannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|