View: 2101|Reply: 9
|
Kami Bukan Gay, Kami Dah Sah Kahwin!
[Copy link]
|
|
Jakarta: Disangkakan pasangan gay, suami isteri menjadi bualan di media sosial selepas memuat naik video mereka di Tik Tok.
Detik.com melaporkan mereka juga diundang menjadi tetamu rancangan televisyen selepas netizen menyangka mereka adalah pasangan sejenis.
Keadaan itu menjadikan mereka gusar kerana mula menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen.
Foto: Detik.com
Bagaimanapun, mereka segera menafikan tuduhan itu dan memberikan penjelasan.
"Hairan apabila orang anggap kita pasangan sama jenis. Sedangkan kita bernikah secara sah di Indonesia," kata mereka menerusi akaun TikTok @haloakuniahhh.
Pasangan itu memberikan bukti bahawa mereka bukan pasangan sejenis dengan menunjukkan buku nikah.
Mereka juga mempamerkan cincin yang ada di tangan masing-masing.
Kurniati atau Nia juga berkongsi video mengenai penampilannya untuk menjawab persoalan ramai pihak.
Wanita itu mengubah penampilannya sebelum bernikah dengan Bimo kerana pernah melalui pengalaman yang membuatkannya trauma.
Setiap hari, ketika berada di khalayak ramai, dia sering dianggap sebagai seorang lelaki terutamanya di dalam tren.
Dia diminta untuk tidak berada di koc wanita dan kejadian itu turut dikongsikannya di TikTok.
Video penjelasannya dikongsikan, baru-baru ini, dan mendapat sokongan daripada netizen.
Ada juga netizen yang turut memberikan pelbagai cadangan.
"Saya mengikutinya. Bermula daripada berpisah (sehingga) memutuskan untuk bernikah. Semangat Nia," kata seorang netizen. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus, banyakkan berita indon ..90% pun takpe berbanding berita tempatan.. apa kamu diabayar wang rupiah gaji hari ekk wartawan? |
|
|
|
|
|
|
|
cari MRO : 10 berita indon 1 berita india.... cerita dah lapok pun korek jua...janji berita indon... |
|
|
|
|
|
|
|
passport diorang hijau untuk perempuan, merah untuk lelaki ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin suami dia yg gay. Nak kahwin jantan tak boleh cari pompuan yg macam jantan. Btw muka bini dia tu masih pompuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 9-6-2022 11:50 AM
sijil nikah derang tu. Kat photo tu terbalik words Buku Nikah kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun tak perasan lansung
patut google tak keluar pasal color buku passport
thank you!
|
|
|
|
|
|
|
|
Np kaka...marriage book katanya dalam bahasa omputih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepam nyer mengkomer uhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|