CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 2

Lahir 23 Minggu- Badan Bayi Masih Lut Sinar, Saiz Tangan Sebesar Kuku Dewasa

[Copy link]
Post time 8-6-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
London: Saiz tangan bayi sama dengan saiz kuku orang dewasa.


Itu keadaan bayi yang sangat kecil apabila dilahirkan ketika usia kandungan ibunya, 23 minggu, lapor Daily Star.


Elsie, kini 11 bulan, dilaporkan mempunyai berat hanya seberat 400 gram, apabila dia lahir 17 minggu lebih awal.




Foto: Agensi




Doktor pada masa itu memberitahu ibu bapanya, Katie dan Rob Hampson bahawa anak mereka mempunyai satu perempat (kira-kira 25 peratus) peluang untuk hidup.


Katie, 27, berkata saiz tangan anaknya itu hampir sama dengan saiz kuku jari lelaki berkenaan.


"Dia sangat kecil, tetapi sempurna. Dia kecil - seperti anak patung kecil," katanya.


Katie dikatakan mengalami pendarahan yang banyak, sejak kandungannya berusia lapan minggu.


Selepas kelahiran semula jadi pada Jun lalu, Elsie ditempatkan di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) dan bergantung dengan ventilator selama hampir 70 hari.


"Saya menunggu hampir lima jam untuk melihat Elsie (yang ditempatkan) di dalam inkubator.


"Apabila saya akhirnya melahirkannya, saya terkejut. Saya tidak sempat memegangnya.


"Saya sangat gementar dan tidak tahu sama ada dia akan bertahan. Kulitnya boleh dikatakan seperti lut sinar dan dia sangat kecil," katanya.


Tetapi hampir lima bulan selepas dia dilahirkan, Elsie akhirnya mendapat kekuatan yang cukup untuk pulang ke rumah buat kali pertama.


Bayi itu kini lebih sihat.


Katie, dari Rochdale, berkata, bayi itu mengatasi banyak perkara.


"Walaupun doktor atau jururawat tidak mempunyai harapan bahawa dia akan bertahan, tetapi dia seorang pejuang kecil. Kami sangat berbangga.


"Kakitangan Hospital Diraja Oldham adalah 'malaikat' sebenar. Mereka harus diiktiraf atas kerja menakjubkan yang mereka lakukan. Mereka menyelamatkan nyawa bayi saya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 10:45 AM | Show all posts
ala comelnya baby, semoga membesar dgn sihat dan kuat.  Btw, itu tangan mummy ke daddy tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 12:15 PM | Show all posts
Benar2 pejuang abadi moga dia terus sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 1.458939 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list