View: 458|Reply: 1
|
[Tempatan]
Wanita hamil tokan dadah
[Copy link]
|
|
Wanita hamil tokan dadah
DADAH yang dirampas daripada wanita hamil dan isterinya. FOTO Ihsan Polis.
Kangar: Sarat hamil enam bulan bukan halangan buat seorang wanita untuk menjadi tokan dadah dan menjalankan kegiatan pengedaran barang larangan itu bersama suaminya.
Kegiatan haram suami isteri itu terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di Simpang Empat di sini, Isnin lalu dan menemui dadah jenis syabu seberat 39.73 gram(g).
Sumber berkata, pasangan berusia 35 dan 33 tahun itu ditahan pada 12.10 tengah malam dan dipercayai aktif mengedar dadah sejak Januari lalu.
"Mereka bagaimanapun sudah lama terbabit dengan penyalahgunaan dadah yang mana suspek lelaki menjadi penagih sejak 2013 dan wanita itu pada 2018.
"Semakan mendapati si suami ada 11 rekod jenayah berkait dadah dan pernah ditangkap pada 2014, manakala wanita hamil itu ada tiga rekod jenayah berkait dadah serta ditangkap pada 2019.
"Ketika serbuan, kedua-duanya sedang khayal dengan di dalam bilik dan dadah ditemui dalam beg berzip di atas katil yang didalamnya ada 16 peket lutsinar berisi hablur kristal disyaki syabu bernilai RM3,972.
"Pasangan itu mempunyai lima anak," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu.
Katanya, kedua-dua suspek direman sehingga 11 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber"https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/849822/wanita-hamil-tokan-dadah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|