View: 671|Reply: 4
|
Lelaki Berumur Nak Kahwin Buat Gigi Palsu Tiruan, RM500 Je Dengan 'Doktor' Dalam Bilik Hotel
[Copy link]
|
|
Gigi palsu pun ada yang tiruan?
Kedengaran aneh, namun begitulah yang berlaku apabila wujud individu tidak bertauliah tampil menawarkan perkhidmatan pergigian dari bilik hotel.
Menurut seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr Arif, pesakit malang itu datang untuk mendapatkan rawatan di kliniknya kerana mengalami kesukaran untuk makan.
Foto: mStar
"Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
"Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal," ujar doktor itu menerusi laman Twitter.
Bercerita lanjut, Dr Arif kemudiannya bertanya kepada pesakit tersebut mengenai gigi palsu yang dipakainya untuk mendapatkan kepastian.
Pada awalnya, pesakit itu cuba berselindung dan memaklumkan dia membuat pemasangan gigi palsu di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur.
Selepas disoal lanjut barulah dia mengaku mendapatkan rawatan daripada seorang individu di sebuah hotel.
Foto: mStar
"Ya salam! Sah ini doktor gigi palsu. Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi dan veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu.
"Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala," ujar doktor itu apabila dimaklumkan pesakit tersebut membayar RM500 untuk pemasangan gigi palsu berkenaan.
Lebih mengejutkan, pesakit tersebut berkata dia mendapatkan rawatan tersebut kerana terpedaya dengan harga murah, tambahan pula dia pada waktu itu sedang dalam proses untuk berumah tangga.
"Saya pasang sejak dua tahun lepas sebab nak berkahwin. Segan la tak ada gigi. Apabila dapat tawaran murah begini saya sambar terus," ujar pesakit itu.
Menurut Dr Arif, gigi palsu yang dipakai pesakit itu langsung tidak berkualiti, malah ia turut diikat menggunakan dawai sahaja.
"Sayang, disebabkan mengambil jalan pintas gigi lelaki ini terpaksa dicabut semuanya, atas dan bawah. Tak dapat diselamatkan sebab denture yang dia pakai langsung tak ada kualiti.
"Tak mengembalikan fungsi asal dan gigitan gigi. Sudahlah ikat dawai sana sini. Pengajarannya, jaga gigi daripada awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.
"Kedua, buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal. Dan ketiga, jangan percaya doktor gigi yang buat rawatan di hotel, rumah atau bilik," ujarnya.
Tambah doktor itu, rawatan pergigian di hospital kerajaan juga jauh lebih murah berbanding harga yang perlu dibayar kepada 'doktor' tidak bertauliah.
"Buat gigi palsu dekat (hospital atau klinik) kerajaan yang penuh atas dan bawah baru RM100. Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun.
"Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan," ujarnya sambil berkongsi poster mengenai doktor tidak bertauliah oleh Sistem Pengurusan Pengaduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (SisPAA). -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
RM100? Tapi tunggu giliran berapa lama? |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil yang palsu hasilnya bakal palsu juga lagi banyak kos untuk merawat semula |
|
|
|
|
|
|
|
Nyilu gigi aku weh ...malunya aku kalau tkde gigi harap2 gigi aku tk cpt gugur |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 istilah sekarang. Second ori, genuine fake. OEM senyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|