CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Izzat rekod masa terpantas di Litar Sepang

[Copy link]
Post time 12-6-2022 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Md Izzat mempamerkan tunggangan cemerlang selepas merekodkan masa terpantas sesi kelayakan pusingan ketiga Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix pada Sabtu.

PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Izzat Zaidi Md Salehan merekodkan masa terpantas sesi kelayakan pusingan ketiga Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix pada Sabtu.

Meskipun perlumbaan dicabar dengan hujan di waktu pagi diikuti cuaca mendung ketika berlangsungnya sesi kelayakan, namun pelumba jentera Yamaha itu telah menampilkan prestasi cemerlang dengan mencatatkan masa 1’15:134s bagi kategori CP150 sekali gus mengulangi prestasi terpantasnya musim lalu.

Walaupun persaingan sesi kelayakan kali ini bertambah sengit dengan kehadiran ramai pelumba handalan, namun Izzat telah mempertahankan kedudukan dan membuktikan kebolehannya untuk mengendalikan jentera pada kelajuan maksima.

Menurut Izzat, “Setup bagi jentera saya memang bagus dan walaupun saya telah menghadapi masalah teknikal, saya dapat menamatkan sesi kali ini dengan masa terpantas.

“Bagi perlumbaan pusingan ketiga esok, saya ingin memperkukuhkan lagi kedudukan saya dan berharap untuk mendapat tempat teratas di podium.” katanya.

Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar dengan catatan masa 1’15:175s manakala rakan sepasukannya Azroy iaitu Shahrol Syazras Shahrol Yuzy di tempat ketiga dengan catatan masa 1’15:384s.

Bagi kategori CP125 pula, Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing telah menamatkan persaingan sesi kelayakan pusingan ketiga dengan catatan masa terpantas.

Ia adalah suatu pencapaian yang hebat bagi Irfan berbanding dengan perlumbaannya di pusingan pertama dan kedua di mana beliau tidak dapat menamatkan perlumbaan. Walaupun beliau telah menampilkan kebolehannya di litar Tangkak semasa sesi kelayakan di tangga keempat, namun beliau gagal mengumpul mata di perlumbaan.


Pada sesi kelayakan di sebelah petang, Irfan mencatatkan masa terpantas 1’20:907s. Tempat kedua terpantas pula diambil oleh Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 1’20:917s.

Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing pula telah menunjukkan peningkatan dalam prestasinya apabila beliau mencatatkan masa ketiga terpantas, 1’21:234s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Md Syamil Amsyar M Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing berjaya mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan dengan catatan masa 1’22:139s

Tempat kedua dan ketiga terpantas disambar oleh Amirun Haziq Johan serta rakan sepasukan Syamil, Md Danish Aiman Zamrul dengan catatan masa 1’23:064s dan 1’23:598s.

Amirun telah menunjukkan kebolehannya apabila dia berjaya mencatatkan masa lebih baik daripada Danish yang telah memenangi pusingan satu dan kedua di tempat kedua.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tas-di-Litar-Sepang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.095042 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list