View: 509|Reply: 2
|
Suami Tikam Isteri 17 Kali Sebab Nak Telefon Keluarga
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara 19 tahun kerana menikam isterinya sebanyak 17 kali sebelum menipu mahkamah dengan menyatakan bahawa mangsa mencederakan diri sendiri, lapor portal berita MailOnline.
Zef Gjoni, 28, memberitahu polis bahawa mangsa, Denisa Maria Fuli, mencederakan diri sendiri kerana terlalu rindu kepada keluarganya yang berada di Romania ketika perintah berkurung Covid-19 dikuatkuasakan di Britain.
Dalam kejadian pada 1 April 2020, defendan membiarkan isterinya terbaring di atas lantai bilik mandi rumah mereka di selatan London dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada dada wanita itu. Dia juga cuba melemaskan mangsa dengan meletakkan selimut pada kepalanya sambil bertanya sekiranya mangsa telah mati.
Foto: SWNS
Gjoni kemudian menelefon talian kecemasan serta memberitahu operator bahawa dia dan isterinya bertengkar dan mendakwa wanita itu menikam dirinya sendiri pada bahagian jantung sebanyak dua hingga tiga kali.
Mangsa bagaimanapun sempat memberitahu polis dan anggota paramedik bahawa suaminya bertanggungjawab menikam dadanya.
Mahkamah Diraja Croydon menjatuhi hukuman penjara 19 tahun dengan lima tahun lanjutan kepada defendan selepas dia disabit bersalah dalam cubaan membunuh.
“Defendan memegang dua bilah pisau dapur sebelum menikam isterinya hanya kerana mangsa mahu bercakap dengan keluarganya.
“Mangsa bernasib baik kerana masih hidup dan dia telah meninggalkan negara ini,” kata peguam dari Perkhidmatan Pendakwaan Diraja, Thea Viney. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Suami dari neraka begini lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|