CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Dunia] Di AS, selain susu formula bayi terkini tampon pulak bekalan habis di rak-rak kedai

[Copy link]
Post time 15-6-2022 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Kekurangan tampon jejaskan rantaian bekalan di kedai AS
Jun 15, 2022 @ 12:19pm


NEW YORK: Tampon ialah produk terbaharu yang kehabisan di kebanyakan rak kedai di Amerika Syarikat (AS), satu lagi masalah rantaian bekalan yang merumitkan kehidupan seharian, selepas susu formula bayi yang turut berkurangan sebelum ini.

Rangkaian kedai ubat CVS dan Walgreens mengesahkan beberapa jenama tampon tidak tersedia buat sementara waktu di beberapa kawasan.

Procter & Gamble, pengeluar jenama Tampax yang banyak di pasaran, berkata pelanggan mungkin tidak dapat mencari jenama biasa mereka di kedai AS.

"Kami faham ia mengecewakan pengguna apabila mereka tidak menemui apa yang diperlukan. Kami memberi jaminan ini adalah situasi sementara di AS.

"Pasukan Tampax sedang menghasilkan tampon untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap produk kami," katanya dalam satu kenyataan.

Walgreens berkata, ia sedang bekerjasama dengan pembekal untuk memastikan mereka mempunyai bekalan tersedia di semua kedainya.

Sementara CVS pula berkata, mana-mana kedai yang kehabisan produk tertentu, pihaknya buat masa ini berusaha untuk menambah produk terbabit secepat mungkin.

Keadaan itu sudah berlarutan selama berbulan-bulan, namun mula mendapat perhatian media sejak beberapa hari yang lalu.

Pakar pengurusan rantaian bekalan di Universiti Syracuse, Patrick Penfield, berkata permintaan meningkat baru-baru ini disebabkan pembelian tambahan oleh pengguna yang melihat kekurangan jenama tertentu, selain panik mereka tidak dapat mendapatkan lebih banyak produk.

Beliau berkata, terdapat juga kekurangan bahan mentah tertentu, termasuk kapas dan plastik.

"Ini tahun ketiga berturut-turut di mana permintaan untuk kapas di AS sudah melebihi apa yang firma AS keluarkan," katanya sambil menunjukkan ia seiring peningkatan keperluan untuk pelitup muka dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Selain itu, beberapa kilang berdepan kekangan untuk beroperasi pada kapasiti penuh kerana kekurangan kakitangan atau disebabkan lonjakan kes COVID-19.

Namun, keadaannya berbeza berbanding kekurangan susu formula bayi sebelum ini, yang disebabkan gangguan rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.

Pengurangan bekalan susu semakin susut selepas pengeluar, Abbott menutup sebuah kilang di Michigan pada Februari dan menarik semula produk susulan kes kematian dua bayi sehingga menimbulkan kebimbangan kemungkinan ia berkait pencemaran.

"Apabila bercakap mengenai tampon, kilang masih beroperasi," katanya turut meramalkan produk itu akan kembali normal dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sementara itu, kekurangan pengeluaran produk itu menarik perhatian pihak Jawatankuasa Kebangsaan Republikan yang mengkritik pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, dengan mendakwa di Twitter ia satu penindasan terhadap wanita. - AFP

sumber: bharian.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list