CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 1

[Tempatan] Caely lantik Jovian Mendagie sebagai naib presiden eksekutif

[Copy link]
Post time 15-6-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Caely lantik menantu Ismail Sabri sebagai naib presiden eksekutif
Diterbitkan:  Jun 15, 2022 1:49 PM



Syarikat pakaian dalam Caely Holdings Bhd melantik pereka fesyen Jovian Mandagie sebagai naib presiden barunya berkuat kuasa semalam.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia semalam, menantu Perdana Menteri Ismail Sabri itu antaranya diperkenalkan sebagai pengasas jenama pakaian Jovian Ready-To-Wear, ketua pegawai eksekutif syarikat pembelian berasaskan aplikasi HEYHO Sdn Bhd dan syarikat jualan sambal Dapur Mandagie.

Pemegang Diploma in Fashion Retail dari Universiti Lim Kok Wing itu juga dilantik sebagai pengarah kreatif Cheetah Malaysia pada tahun lepas.

“Semasa perkhidmatannya, Datuk juga berusaha untuk mengukuhkan penampilan atas talian jenama itu dengan matlamat untuk untuk menggerakkan hala tuju syarikat ke arah mempertingkatkan penawaran digitalnya,” menurut maklumat itu.

Sementara itu, saham Caely (bawah) naik sebanyak 6sen atau 16.22 peratus kepada 43sen seunit, sebelum dagangan ditutup seketika untuk makan tengah hari pada jam 12.30 sebentar tadi.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 07:21 PM | Show all posts
bukan kampeni ni terpalit najis ke bebaru ni.. so ni asabab nak menyuchikan kampeni, maka kena lantik menantu rentua abah mail ke acaner?

jd menantu abah mail ni laku gile.. kut letak beruk, beruk pun laku uoolssssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list