View: 915|Reply: 5
|
[Tempatan]
7 tahun hilang, rupanya sudah kahwin
[Copy link]
|
|
7 tahun hilang, rupanya sudah kahwin
Lapangan Terbang Sibu
SIBU: Lelaki warga India yang dilaporkan hilang sejak tujuh tahun lalu ditemukan selamat di Sibu, Ahad lalu dan sudah berkahwin.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata Sushil Singh, 27, ditemui selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat yang mendedahkan lokasi lelaki itu.
Menurutnya, berpandukan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Sibujaya mengesan lelaki terbabit.
"Pemeriksaan dan semakan mendapati lelaki itu adalah orang yang sama seperti yang dilaporkan hilang.
"Siasatan polis mendapati lelaki warga India itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita tempatan dan tinggal di bandar ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Difahamkan, pada 31 Mei lalu polis menerima satu laporan mengenai kehilangan lelaki warga India itu yang dibuat oleh kakitangan Kedutaan India di Kuala Lumpur.
Lokasi terakhir lelaki terbabit dikesan ketika dia berada di Lapangan Terbang Sibu pada 3 Jun 2015.
Sumber"https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966289/7-tahun-hilang-rupanya-sudah-kahwin
|
|
|
|
|
|
|
|
Buduh punya Susil. Buat risau anak bini family ko kat India sana saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkanlah dlm sela masa tu tak renew pasport? Pati?
|
|
|
|
|
|
|
|
7 tahun Tak renew passport,dah jadi PAti..kahwin pun ikut adat kot |
|
|
|
|
|
|
|
senang jer polis cari...mgkin sb dia sgt la 'berbeza' ngn orng tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa bini baru 'hilang ingatan' sudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|