CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 964|Reply: 7

Rakyat Beratur 2 Hari Dapatkan Pasport Untuk Lari Dari Sri Lanka

[Copy link]
Post time 17-6-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pekerja, RMR Lenora terpaksa beratur selama dua hari minggu lalu hanya untuk mendapatkan pasport, seterusnya melarikan diri meninggalkan negara yang kini sedang berdepan krisis ekonomi terburuk.




Foto: Reuters




Wanita berusia 33 tahun itu memutuskan untuk memohon pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuwait selepas suaminya diberhentikan kerja sebagai tukang masak di sebuah restoran kecil.


"Suami saya kehilangan pekerjaan kerana tiada gas memasak dan kos makanan melambung tinggi. Sangat sukar untuk mencari kerja dan gaji sangat rendah.




Foto: Reuters




"Dengan memiliki dua anak, kehidupan sangat mustahil," katanya yang hanya memperoleh kira-kira 2,500 rupee Sri Lanka (RM30) sehari.


Katanya, dia merancang untuk berada di Kuwait selama dua tahun dan akan kembali selepas simpanannya mencukupi.


"Saya mahu anak saya mendapat pendidikan. Itu perkara paling penting," katanya.


Minggu lalu, dengan berbekal baju dan payung, dia nekad berjalan di bawah terik mentari, menaiki kereta api dari bandar Nuwara Eliya, di kawasan berbukit di tengah Sri Lanka untuk mengembara sejauh 170 kilometer (km) ke Colombo, semata-mata mahu memohon pasport pertamanya.




Foto: Reuters




Ketika beratur, Lenora dilihat bersama buruh, pemilik kedai, petani, penjawat awam dan suri rumah yang sebahagiannya terpaksa berkhemah semalaman, hanya untuk lari dari krisis kewangan Sri Lanka, terburuk sejak tujuh dekad lalu.


Menurut data kerajaan, dalam tempoh lima bulan pertama 2022 sahaja, Sri Lanka mengeluarkan 288,645 pasport berbanding 91,331 dalam tempoh sama tahun lalu.


Negara kepulauan yang mempunyai 22 juta penduduk itu kekurangan makanan, gas memasak, bahan api dan ubat-ubatan akibat salah urus ekonomi serta diburukkan pandemik Covid-19.


Ketika ini, negara itu berdepan susut nilai mata wang, inflasi melebihi 33 peratus dan kebimbangan ketidaktentuan politik serta ekonomi yang berpanjangan kini mendorong ramai untuk berhijrah.




Foto: Reuters




Kerajaan turut menyokong lebih ramai orang bekerja di luar negara untuk meningkatkan kiriman wang dalam negara.


Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen berkata, 160 anggota kakitangannya sedang berusaha untuk memenuhi permintaan pasport.


Seorang pegawai, HP Chandralal berkata, jabatan itu menetapkan kawalan keselamatan, memanjangkan masa bekerja serta menambah tiga kali ganda bilangan pasport yang dikeluarkan tetapi setiap hari, sekurang-kurangnya 3,000 borang dihantar.




Foto: Reuters




Sistem permohonan dalam talian tertunggak selama berbulan-bulan dan ramai pemohon baharu tidak boleh mendapatkan janji temu yang diperlukan.


"Sangat sukar untuk berurusan dengan rakyat kerana mereka kecewa dan tidak faham bahawa sistem itu tidak dilengkapi untuk menangani permintaan seperti ini. Jadi, mereka marah dan menyalahkan kami tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 01:07 PM | Show all posts
kesiannnyaaaa... esok malaysia jd mcm ni agaknya kalau kerajaan tak urus negara dgn baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia kena perketatkan border
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:52 PM | Show all posts
Siapa sangka negara mereka boleh jadi sampai macam tu moga jadi pengajaran buat negara2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:53 PM | Show all posts
rosalinda sing : welcome to Malaysia…  hahaha…  jom join bangla, indon, rohingya, myanmar, negro, etc dan jadikan malaysia negaramuuuuuuu…  haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to Malaysia.. Malaysia tak cukup foreign workers skrg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 02:05 PM | Show all posts
dorang bukan main kutuk2 melayu tak pandai perintah malaysia

tapi inilah akan jadi kepada malaysia kalau kita bagi leluhur dodol dan peropura memerintah malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuwait dan negara arab lebeh suka ambik pekerje wanita dr Indon, Pinoy ,Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.248517 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list