CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 2

[Tempatan] Tuduhan Rina bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah

[Copy link]
Post time 17-6-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Tuduhan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang mengatakan bahawa beliau bersubahat melindungi Rumah Bonda adalah tidak berasas dan berunsur fitnah.

Kementerian itu menerusi satu kenyataan berkata, segala tindakan yang diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang sudah berkuat kuasa.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasi dan menangguk di air keruh adalah tidak wajar pada waktu perbicaraan kes Bella masih lagi berjalan di mahkamah.

“Perbincangan lanjut bersama pihak Jabatan Peguam Negara akan dilaksanakan dan laporan kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan dibuat bagi memastikan tuduhan seperti ini tidak berulang lagi.

“Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap individu berkenaan,” katanya hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada 12 Jun lalu mempertikaikan tindakan penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda dan menuduh Rina melindungi rumah kebajikan tersebut.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan oleh JKM ke atas Rumah Bonda telah dimulakan sejak Julai tahun lalu dan berdasarkan siasatan didapati premis berkenaan tidak berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] yang merupakan satu kesalahan di bawah akta yang sama.

“Susulan daripada itu, tindakan lak (seal) terhadap premis berkenaan diambil pada 12 Julai 2021 selaras dengan Seksyen 16A Akta 506.

“Kertas Siasatan juga telah dibuka dan tindakan kompaun diambil selaras dengan seksyen 21A Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 serta dibuat dengan keizinan Pendakwa Raya berdasarkan fakta-fakta kes yang jelas,” ujarnya.

Katanya lagi, amaun kompaun sebanyak RM5,000 yang telah dikenakan terhadap pengendali Rumah Bonda adalah amaun kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Akta 506. –UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahmat Ilahi Naungi Anda

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2022 10:04 PM
Rahmat Ilahi Naungi Anda

Ini macam pun ada  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046068 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list