|
Lewis Hamilton (kanan) bercakap dengan rakan sepasukan Mercedes-AMG Petronas, George Russell ketika sesi latihan kedua Grand Prix Kanada dekat Litar Gilles Villeneuve di Montreal, Kanada. - EPA
MONTREAL: Lewis Hamilton berkata jenteranya tidak boleh dipandu selepas dia menggambarkan ia sebagai pengalaman paling teruk dalam kariernya di Montreal selepas sesi latihan hari ini di Grand Prix Kanada.
Juara dunia tujuh kali itu, yang mencipta kemenangan sulung dalam Formula Satu (F1) dekat Circuit Gilles Villeneuve pada 2007, menang tujuh kali di litar berkenaan namun hanya tersenyum selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-13 sesi latihan kedua.
Namun dia mengakui jentera Mercedes miliknya bergelut musim ini dan tampak tidak boleh meningkat untuk menukar prestasi atau keputusan akan dicapainya.
"Itulah yang terjadi," katanya. "Ini bukan Montreal yang saya tahu dan sukai, ini adalah kali pertama dan terburuk sejak bertahun lalu sejak saya datang ke sini."
Katanya, dia dan rakan sepasukan, George Russell, yang berkedudukan ketujuh, bergerak ke arah bertentangan dengan cadangan pelarasan radikal untuk memperbaiki persembahan.
Ketua pegawai teknikal pasukan, James Allison berada di Circuit Gilles Villeneuve untuk membantu Mercedes mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.
"Ini yang kami ada dan kami perlu melakukan apa yang termampu," kata Hamilton. "Inilah yang ada untuk tahun ini." - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ergelut-di-montreal |
|