View: 715|Reply: 0
|
Kemenangan sulung Verstappen di GP Kanada
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN kuasai GP Kanada. -FOTO AFP
Montreal: Juara dunia, Max Verstappen mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu Formula Satu (F1) musim ini apabila berjaya memacu jentera Red Bullnya meraih kemenangan dalam aksi penuh mendebarkan di Grand Prix Kanada.
Pelumba Belanda berusia 24 tahun itu mengawal perlumbaan penuh taktikal dari petak utama yang turut disertai oleh kereta keselamatan berjaya mengekang tekanan hebat dari pelumba Ferrari, Carlos Sainz untuk memenangi perlumbaan dengan kelebihan kurang satu saat.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang memaklumkan bahawa keretanya 'tidak boleh dipandu' pada hari Jumaat menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk meraih podium kedua bersama Mercedes dalam musim yang penuh sukar manakala rakan pasukannya George Russell keempat.
Ia adalah kemenangan pertama Verstappen di Kanada, yang keenam tahun ini dan ke-26 dalam kariernya, melebarkan jurang kepada 46 mata dalam saingan kejuaraan.
"Saya memberikan segala-galanya. Kereta keselamatan itu tidak membantu saya.
"Saya lebih suka menyerang di saat akhir bukannya bertahan. Tetapi kami bernasib baik apabila berjaya dan ia sangat mengujakan," kata Verstappen.
Pemandu Ferrari Charles Leclerc, yang bermula dari belakang grid selepas dikenakan penalti kerana menukar enjin, menamatkan perlumbaan di tempat kelima di depan Esteban Ocon dari Alpine.
Valtteri Bottas dan rakan sepasukan Alfa Romeo Zhou Guanyu dinaikkan ke tempat ketujuh dan kelapan selepas Fernando Alonso dari Alpine dikenakan penalti lima saat kerana aksinya ketika menahan asakan Bottas.
Pemandu dari Sepanyol itu turun ke tempat kesembilan dengan Lance Stroll dari Aston Martin di tempat ke-10. -
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tappen-di-gp-kanada |
|
|
|
|
|
|
| |
|