CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 0

Tak guna sekadar ‘pelengkap’ MotoGP

[Copy link]
Post time 20-6-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

HAFIZH Syahrin Abdullah menjadi pelumba terakhir Malaysia yang bersaing di pentas Kejuaraan MotoGP dunia.


PETALING JAYA: Tiada gunanya Malaysia mempunyai wakil dalam kejuaraan motosikal dunia jika sekadar menjadi pelengkap jadual, kata bekas pelumba Moto2 dan Moto3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin.

Katanya, biarlah pelumba Malaysia hanya kembali dalam kejuaraan MotoGP apabila mereka sudah benar-benar bersedia untuk memberi cabaran di pentas berprestij itu.

Menurut Zulfahmi, tidak mudah untuk bertahan dalam saingan MotoGP dunia jika pelumba atau motosikal mereka tidak cukup kompetitif.

“Kalau kita tengok balik sejak tiga tahun terakhir, kita memang ada pelumba dalam kejuaraan dunia tetapi tidak begitu kompetitif, kita ada dekat sana tetapi sekadar ada di sana.

“Jadi, tahun lalu dan tahun ini sedikit sebanyak membolehkan kita meletakkan satu sasaran yang lebih baik agar pelumba muda iaitu pelumba pelapis, sebelum pergi ke kejuaraan dunia betul-betul kena bersedia,” katanya kepada Mingguan Malaysia.


ZULFAHMI KHAIRUDDIN

Kata Zulfahmi, perlu ada pengorbanan untuk setahun atau dua ini tanpa kelibat wakil negara, supaya pelumba lebih bersedia lebih-lebih lagi tahap perlumbaan dalam kejuaraan dunia semakin tinggi dan tidak sama seperti dulu.

Kejuaraan Motosikal Dunia 2022 telah membuka tirai kejohanan pada 6 Mac lalu dan musim ini, buat pertama kalinya Malaysia tiada pelumba selepas konsisten memiliki sekurang-kurangnya seorang wakil sejak lebih 10 tahun lalu.

Bermula dengan era Zulfahmi yang melakukan penampilan sulung pada 2009 dalam kelas 125cc, Malaysia sejak itu sentiasa ada wakil dan tidak pernah kekeringan bakat dalam kejuaraan dunia.

Bagaimanapun, Zulfahmi bukanlah pelumba pertama negara yang beraksi pada kejohanan tersebut, tetapi sebaliknya legenda Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang mula-mula membuka pintu buat anak jati Malaysia bersaing pada pertandingan yang di dominasi oleh pelumba Eropah pada 1996 dalam kelas 250cc.


SHAHROL Yuzy Ahmad Zaini

Begitupun selepas anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu berundur pada 2022 dengan Grand Prix Valencia menjadi litar terakhirnya, tiada lagi kelibat pelumba Malaysia selepas itu, sehinggalah kemunculan Zulfahmi.

Selepas Zulfahmi, Malaysia memiliki beberapa pelumba seperti Hafizh Syahrin Abdullah yang menjadi pelumba sulung negara bersaing dalam kelas perdana MotoGP pada 2018.

Selain Hafizh, negara turut memiliki beberapa pelumba seperti Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafiq Azmi.

Hafizh, Adam dan Khairul Idham atau lebih mesra dengan panggilan KIP menjadi pelumba terakhir beraksi pada kejuaraan motosikal dunia, musim lalu.


KHAIRUL IDHAM PAWI

Zulfahmi yang menjadi pelumba Malaysia pertama mencatat keputusan podium pada kejuaraan dunia memberitahu, persediaan rapi amat diperlukan sebelum pelumba-pelumba dihantar bersaing pada pertandingan berprestij itu.

“Dari segi persediaan, mereka perlu memenangi perlumbaan seperti Asia Talent Cup, kejohanan CEV, jadi apabila mampu menjuarai pertandingan seperti itu mereka lebih yakin berbanding daripada dihantar ke sana semata-mata kerana bergelar warganegara Malaysia,” ujarnya.

Zulfahmi yang kini pengurus pasukan SIC Racing berkata, untuk mengelak membunuh karier pelumba lebih awal, adalah lebih elok jika mempersiapkan pelumba terbabit supaya kompetitif dan matang sebelum dihantar bertanding pada kejuaraan dunia.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... r-pelengkap-motogp/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.121998 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list