Sumber IG
Baru-baru ini usahawan, Nurtria Wulandari Arifin atau Tya Arifin memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan dua orang anaknya sedang menangis di lantai halaman rumah.
Susulan daripada perkongsian itu menyebabkan netizen mempertikaikan tindakannya yang sanggup meninggalkan dua orang anaknya demi mencari rezeki.
Tya kemudian tampil menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dia sama sekali tidak mempedulikan kedua-dua anaknya semata-mata sibuk dengan urusan dunia.
"Saya bukan sengaja meninggalkan dua orang anak di rumah sebaliknya perlu keluar bagi melunaskan komitmen kerja. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak-anak menangis mahu ikut ibu bapa mereka.
"Sukar untuk saya jelaskan situasi ini namun apa yang pasti ibu bapa yang turut berdepan dengan perkara yang sama memahaminya. Mujur juga saya tidak perlu membiarkan mereka lama-lama di rumah," katanya kepada Kosmo! Online.
Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid itu juga berkata, dia sangat bersyukur kerana suaminya selalu ada untuk memberikan semangat dan motivasi serta menyokong segala usahanya.
"Menjadi usahawan sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa dan sejak berkahwin, saya tertanya-tanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar.
"Tujuan utrama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan," katanya. -CARI
|