USA menghadapi delayed/ cancelled flights tahap mengalahkan Air Asia dah beberapa hari ni. 19,000 penerbangan ada masalah dalam seminggu ni. Puncanya.. ramai pilot ambil keputusan bersara awal pada awal-awal wabak covid-19 tahun 2020 lalu. Sekarang kebanyakan syarikat penerbangan kini tiada cara nak ganti pilots baru, memang tak cukup pilots.
Ribuan pilot terima cek stimulus, kemudian ambil keputusan bersara awal.
Pilots yang tak vaksin dipecat, dan merajuk tanak kembali jadi pilot dah.
Salah Omicron sekumpulan staff tak masuk kerja secara mengejut.
Cuaca buruk ribut salji.
YB Setiausaha Pengangkutan ada buat konferens, panggil CEO syarikat-syarikat penerbangan, arahkan diorang jaga mutu perkhidmatan atau bakal didenda jika hak pengguna tidak diendahkan. Tapi ironinya pada keesokan hari, YB sendiri terpaksa drive enam jam dari Washington ke NY sebab flight beliau cancelled disaat akhir.