|
CI Hui (kiri) ketepi lapan pelumba lain. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Pelumba pelapis pasukan trek negara, Nyo Ci Hui, memperagakan kayuhan bertenaga untuk meraih emas dalam acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di New Delhi, hari ini.
Pelumba kelahiran Perak berusia 18 tahun itu mengetepikan cabaran lapan pelumba lain untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 7.5 kilometer (km) di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.
Dalam saingan 30 pusingan itu, pelumba Jepun, Mizuki Ikeda, meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Uzbekistan, Sofiya Karimova.
"Seluruh pasukan berasa sangat gembira dengan pencapaian Nyo kerana kegigihan dia menjalani latihan dan pada masa sama perlu membahagikan masa menduduki peperiksaan SPM yang lepas," kata pengurus pasukan Mohd Saiful Abdul Jalil ketika dihubungi.
Sementara itu, Yong Ann Tung turut menaiki podium selepas mengatasi pelumba senegara Azwa Nabila Abdullah untuk merebut pingat gangsa dalam acara pecut remaja.
Emas menjadi rebutan pelumba Korea Selatan apabila Na Yunseo mengecewakan Kim Chaeyeon.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-emas-di-new-delhi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|