CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 0

Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:43 AM | Show all posts |Read mode

AALIYAH mempamerkan aksi terbaiknya. FOTO FB Hanifah Yoong

Kuala Lumpur: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan aksi menakjubkan menjelang Kejohanan Dunia bulan depan apabila mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown.

Aaliyah yang menyertai kejohanan di Polk City, Florida pada 17-19 Jun itu mencipta pencapaian luar biasa dengan melepasi 8,000 mata buat pertama kali dalam acara kegemarannya, tricks.

Atlet berusia 18 tahun itu melakukan catatan terbaiknya dalam acara tricks dengan 8,080 mata untuk menduduki tempat kedua pada pusingan pertama di belakang Erika Lang dari Amerika Syarikat (11,420 mata) sebelum menamatkan saingan dengan 7,300 mata di pusingan kedua.

Rekod Asia dan catatan terbaik sebelumnya adalah 7,680 mata dilakukan pada Kejohanan Asia 2019.

Aaliyah meneruskan rentak cemerlang dalam acara jump apabila melakukan 41.9 meter (m) pada pusingan kedua, memperbaharui catatan 41.4m dilakukannya di Moomba Masters, di Melbourne, Australia pada Mac lepas.

Dia turut memperbaharui rekod Asia dan catatan terbaiknya dalam acara slalom selepas melakukan 4/55/12 (empat pelampung/55kmj/12m tali) pada pusingan kedua, memadam rekod lama 3/55/12 dilakukannya di Kejohanan Remaja Dunia 2018.

Mengulas mengenai pencapaian terbaharunya, Aaliyah berkata dia gembira kerana berjaya mengatasi catatan terbaiknya dalam acara trikcs, selain menunjukkan peningkatan dalam jump dan slalom selepas tiba lebih awal di Florida untuk berlatih di bawah jurulatih dari Chile Larry Gisler di Piskos Waterski School.

"Saya bersyukur dapat kembali, berlatih dan bertanding di Florida selepas berehat empat tahun. Ini kejohanan biasa kerana setiap peserta bersaing dengan diri sendiri untuk memperbaiki catatan dan ranking selain tiada tekanan.

"Ia persekitaran yang baik kerana dikelilingi begitu ramai atlet ski air dan rakan-rakan, serta Lake Grew juga satu daripada tasik paling ideal untuk ski di Florida. Ia tasik kecil dan arah angin sentiasa tepat untuk melompat.

"Saya agak santai sepanjang masa berada di atas air yang pastinya membuatkan saya beraksi lebih baik," katanya dalam kenyataan daripada Persatuan Ski Air dan Papan Wakeboard Malaysia.

Duta Yayasan Sime Darby yang menduduki ranking ke-14 kategori tricks terbuka wanita akan menyertai kejohanan June Okee 3-Event Record di West Palm Beach, Florida pada 25-26 Jun, sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama pada 7 hingga 17 Julai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kod-asia-di-florida

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.103148 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list