View: 800|Reply: 8
|
Pengasuh Lelaki Mengaku Salah Atas 141 Pertuduhan Rogol Kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Lelaki di Canberra, Australia yang kononnya mempunyai lima tahun pengalaman mengasuh mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang bayi selain mencabul 12 kanak-kanak lain.
The Sun melaporkan, Jareth Thomas Harries-Markham, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Perth pada Selasa lalu dengan 221 pertuduhan berkaitan jenayah seks terhadap kanak-kanak antara Julai 2020 hingga Ogos tahun lalu.
 Kredit foto: The Sun/FB
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu juga didakwa merakam bahan jelik dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak.
Tertuduh mengaku bersalah atas 141 pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun manakala pertuduhan selebihnya digugurkan.
Hukuman terhadap Jareth akan diputuskan Mahkamah Agung Australia Barat pada 27 September ini.
Dalam keterangan di mahkamah, Jareth didapati mengiklankan perkhidmatan penjagaan bayi di dua laman web dengan mengakui bahawa dia ‘membantu membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang sebaiknya’.
Tertuduh yang mendapat kepercayaan sebilangan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka, kemudian meneruskan jenayah tersebut di serata Perth dan barat laut Australia Barat.
Jareth menawarkan perkhidmatannya pada harga AS$20 (RM88.13) hingga AS$25 (RM110.16) sejam dengan dakwaan mempunyai lebih lima tahun pengalaman mengasuh kanak-kanak.
Jareth ditahan di rumahnya di Bennett Springs dalam satu serbuan pada 22 Ogos tahun yang membawa penemuan bahan-bahan eksploitasi kanak-kanak.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
TT sila check antara Perth dengan Canberra tu berapa jauh ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka ada bad vibe sebegini pun korang percaya. Sama macam si Richard Huckle ka apa namanya tu. Bercakap dengan orang pun body language awkward ja (tengok video di Youtube), still dapat kepercayaan kerja dengan budak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Binatang!!!! hukum sula je terus ni |
|
|
|
|
|
|
|
sebab baru tengok cerita the batman
tengok muka laki ni teringat the riddler
the batman tak best
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati la ko dalam azab yg pedih. |
|
|
|
|
|
|
|
pertuduhan selebihnya digugurkan . Means ada byk lagu tuduhan lain yg tak dpt dibuktikan kat mahkamah? |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh ini lah namanya harapkan pegar, pegar makan padi. proverb omputih apa ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|