View: 541|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Isteri banduan jangan dilupa, bantulah mereka...
[Copy link]
|
|

Sukarelawan MyFundAction memeriksa senarai nama penerima bantuan ketika majlis Aspirasi MyFundAction dengan kerjasama Penjara Seremban di Dewan Wawasan, Penjara Seremban, petang semalam. Foto Ahmad Hasbi
Seremban: "Saya membanting tulang empat kerat mencari rezeki menyara keluarga selepas suami dipenjarakan akibat penyalahgunaan dadah," ujar isteri banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Fauziah, 50-an.
Katanya, dia bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dan dibayar gaji hari dengan pendapatan purata RM900 sebulan.
Fauziah berkata, suaminya dipenjarakan sejak Ogos tahun lalu dan dia menggalas tanggungjawab mencari rezeki bagi membesarkan anak.
"Ada hari tertentu, saya tidak sihat namun saya gagahkan diri pergi bekerja. Gaji pun sekadar cukup makan," katanya, semalam.
Fauziah antara keluarga banduan dalam kategori asnaf yang diberikan bantuan menerusi Aspirasi MyFundAction dengan kerjasama Penjara Seremban di Dewan Wawasan, Penjara Seremban di sini, tadi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, Siti Aisyah Shahid berkata, 20 keluarga banduan yang menjalani hukuman di Penjara Seremban dikenal pasti layak menerima bantuan keperluan selama enam bulan.
"Kami turut menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan bernilai RM310 kepada 20 keluarga kakitangan Penjara Seremban membabitkan golongan B40. Jadi penerima tidak risau mengenai barang dapur kerana ia mencukupi untuk sebulan.
"Sejak tahun lalu lebih 600 keluarga dibantu menerusi program ini dan sebahagian daripadanya meminta diberhentikan bantuan kerana mempunyai pendapatan stabil selepas peralihan ke fasa endemik.
"Kami memilih keluarga yang ada anggota keluarga menjalani hukuman penjara kerana mahu memberi sokongan kepada golongan ini supaya lebih dihargai.
"Bukan hanya banduan perlu dibantu untuk diterima semula ke dalam masyarakat, kami juga membantu keluarga mereka yang masih meneruskan kehidupan di luar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... upa-bantulah-mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada rezeki yang lebih, baik kita membantu mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|