CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 1

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Lelaki Retak Tengkorak & Rahang Dihempap Karavan

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Keajaiban berlaku apabila seorang lelaki di United Kingdom (UK) mendapat peluang kedua untuk hidup walaupun parah akibat dihempap karavan.


Mirror UK melaporkan, Keith Tyler, 72, meletakkan kenderaan itu pada satu sudut bagi membetulkan rodanya sebelum ia tiba-tiba jatuh dan menghempapnya.








Isterinya, Tina yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan sendiri bagaimana suaminya berjaya menarik dirinya keluar dari bawah kenderaan sebelum rebah dengan berlumuran darah.


Keith mengalami kecederaan serius iaitu keretakan pada tengkorak dan rahang, mengalami darah beku, paru-paru dipenuhi darah dan telinga terkoyak.


Lukanya sangat serius sehingga doktor memberitahu Tina kemungkinan Keith tidak dapat diselamatkan lagi.


Keith ditahan di hospital selama empat bulan dan keadaannya tidak menentu.


Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dari hospital pada Februari dan kini sedang dalam proses pemulihan.


"Saya tidak sedar apa yang berlaku selepas dihempap karavan seberat 4,000 kilogram (kg)," katanya.


Sementara itu, Tina, 70, berkata, dia nampak karavan itu menghempap suaminya dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika kejadian. "Saya berpaling dan menjerit meminta tolong dan menelefon 999.


"Badannya berlumuran darah. Entah bagaimana dia keluar dari bawah van dan menolak dirinya keluar, mungkin dengan adrenalin. Hidungnya berdarah dan dia seperti sedar.


"Dia berdiri dan melangkah ke hadapan dan kemudian rebah di tepi kereta," katanya.


Pasukan kecemasan tiba di rumah pasangan itu di Gosport, Hampshire, pada 30 Oktober tahun lalu sebelum Keith dikejarkan ke Hospital Besar Southampton.


Keith dilaporkan menerima rawatan di unit neurologi di Hospital Besar Southampton sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Alexandra di Portsmouth pada Disember lalu.


Walaupun keadaannya bertambah baik, pernah satu ketika jantungnya berhenti dan terpaksa diberi rawatan kecemasan, selain turut mengalami radang paru-paru.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 08:21 AM | Show all posts
Masih panjang umur die
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list