CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 6

[Tempatan] Ahmad Maslan tampil bela Zahid, senaraikan lapan ‘hasilnya’

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Maslan tampil bela Zahid, senaraikan lapan ‘hasilnya’

https://www.malaysiakini.com/news/626309

Diterbitkan:  Jun 28, 2022 12:22 PM⋅
Dikemaskini: 12:22 PM



Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan tampil membela presiden partinya Ahmad Zahid Hamidi, susulan dakwaan ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman bahawa ahli Parlimen Bagan Datuk itu kini adalah liabiliti dan beban kepada survival Umno.

Menerusi paparan skrin yang dikongsi menerusi ciapannya di laman Twitter Ahmad, berkata apa yang paling penting tentang kepimpinan seseorang ialah hasil perjuangan mereka.

“Dalam perjuangan, yang penting adalah hasilnya. Apakah hasil perjuangan (yang) diketuai oleh presiden, dibantu oleh timbalan presiden Umno dan ahli majlis kerja tertinggi (MKT) yang ada, setakat hari ini?” soal Ahmad berkata dalam catatan itu.



Dia seterusnya menyenaraikan beberapa pencapaian Umno di bawah Zahid, selaku presiden, termasuk kemenangan mereka pada tujuh pilihan raya kecil, kemenangan besar pada pilihan raya mengejut Melaka dan Johor.


Turut disenaraikan adalah kejayaan menjadikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri serta mengesahkannya sebagai calon perdana menteri jika mereka terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

“Semoga pasukan yang ada ini (akan) berjaya membawa Umno/BN berjaya memenangi semula Malaysia, untuk manfaat rakyat dengan menang dua pertiga majoriti. Insya-Allah,” katanya.

Tajuddin semalam membidas Zahid pada sidang medianya, tiga hari selepas dia disingkirkan sebagai ahli MKT Umno.



Selain mendakwa Zahid sebagai liabiliti kepada Umno, dia memberi amaran bahawa Umno akan kalah dalam pilihan raya umum jika kekal sebagai presiden parti.

Tajuddin juga mendakwa bahawa sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaruh dalam Umno dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakatan mendesak Zahid berundur secara baik seawal 2020.

Bagaimanapun, dia berkata rancangan itu gagal selepas timbalan presiden Umno Mohamed Hasan dan bekas perdana menteri Najib "membelot" daripada ketetapan tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak maslan ni membodek kot2 dpt jd TPM pun jadi le.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain macam bodek...u jump i jump ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:26 PM | Show all posts
bukan bodek....dia cuma tunjukkan fakta semasa umno yg diketuai zahid...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodek awaiiii
Kut2 la buleh jd menterii kewangan
No 2 pom xpo
Gst terrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:45 PM | Show all posts
epal_putih replied at 28-6-2022 03:29 PM
Bodek awaiiii
Kut2 la buleh jd menterii kewangan
No 2 pom xpo

memang ada peluang jika umno menang pru....presiden jadi PM...bolehlah lantiknya jadi menteri kanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 03:46 PM | Show all posts
Selain mendakwa Zahid sebagai liabiliti kepada Umno, dia memberi amaran bahawa Umno akan kalah dalam pilihan raya umum jika kekal sebagai presiden parti


termasuk la yang bercakap ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.093544 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list