View: 559|Reply: 5
|
Rakyat Malaysia Mudah Sangat Tertipu- Doktor Geleng Kepala, Jangan Percaya Terapi Kanser Paru-Paru Guna Lampu Laser
[Copy link]
|
|
Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah tampil mendedahkan terapi kanser paru-paru menggunakan lampu laser sebagai satu kaedah yang tidak dapat disahkan keberkesanan rawatan berkenaan.
Menerusi satu hantaran video di media sosial, beliau mengulas bahawa ada sesetengah masyarakat di negara ini tertipu dengan kaedah rawatan itu yang didakwa meragukan.
“Hanya mampu geleng kepala tengok video viral di TikTok promosi lampu suluh laser suluh-suluh untuk kanser paru-paru.
“Saya hanya mampu beristighfar melihat pesakit yang teruk dan tengah sakit diberi harapan palsu,” katanya.
Selain itu, Rafidah juga menjelaskan sebarang peralatan perubatan perlu mendapatkan nombor kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Foto: Kosmo
Jelasnya, peralatan perubatan juga tidak boleh diiklankan secara semberono dan wajib memperoleh kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU).
“Tolonglah rakyat Malaysia jangan percaya benda-benda mengarut seperti ini. Penipuan terang-terang.
“Benda ini pun tengok pun sudah tahu ia tak masuk akal,” tegasnya.
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang individu sedang merawat pesakit kanser paru-paru menggunakan lampu laser yang disuluh ke arah badan pesakit terbabit. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
"ya butul...kita bangla banyak sinang tipu sini malesia punya worang"-abangla... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg rawatan sonotron Tu termasuk sekali ke? Ada pernah dengar klinik offer nak buat rawatan sonotron |
|
|
|
|
|
|
|
anak didik sapa lah itew agaknyierrrr |
|
|
|
|
|
|
|
penipu hanya dekat dgn org bodoh yg rasa rasanya senang kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm Tik Tok byk iklan menipu..buang pingang rosal boleh baik katanye...gilo ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|