View: 1479|Reply: 16
|
[Politik]
Zahid Hamidi: Tiga MP Umno keluar parti nak selamat diri disiasat SPRM
[Copy link]
|
|
Zahid: Tiga MP Umno keluar parti nak selamat diri disiasat SPRM
https://www.malaysiakini.com/news/626356
Diterbitkan: Jun 28, 2022 4:37 PM⋅
Dikemaskini: 4:37 PM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiga Ahli Parlimen Umno keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga Ahli Parlimen itu adalah antara ahli Umno yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU14.
“Individu pertama melompat parti adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya difahamkan dia diberi amanah untuk mengendalikan dana pilihan raya umum (PRU) tetapi wang itu tidak digunakan untuk PRU bagi pergerakan Puteri Umno.
“Malah, wang tersebut telah dikeluarkan daripada tabung dan dimasukkan ke akaun lain untuk tujuan peribadi dan wang itu tidak digunakan untuk jentera Puteri. Ini diketahui bukan sahaja oleh kepimpinan tertinggi Umno dan Puteri tetapi apabila siasatan akan dilakukan, maka cara untuk selamatkan diri adalah dengan sertai PPBM (Bersatu) yang ketika itu sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan dan akhirnya orang itu selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid berkata seorang lagi adalah menteri mewakili kawasan Jeli yang sebelum PRU14 merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan dan diberikan amanah untuk mengendalikan urusan jentera parti.
“Sebahagian wang itu sepatutnya digunakan untuk urusan logistik dan bawa pengundi yang bekerja atau bermastautin di Lembah Klang untuk kembali mengundi di Kelantan.
"Saya diberitahu bahawa RM30 juta wang itu tidak dibelanjakan untuk logistik tetapi saya ada maklumat bahawa ia diberi kepada isterinya untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi,” katanya.
Semasa Ahmad Zahid mahu menyatakan nama Ahli Parlimen ketiga, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran bangun dan membantah dengan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh mengaitkan amalan menyeleweng dana YAB dengan mana-mana pihak kecuali individu itu dipanggil di mahkamah untuk memberi keterangan.
“Ia adalah keterangan dengar cakap dan tidak boleh diterima melainkan mereka dipanggil sebagai saksi," kata Raja Rozela.
Seorang lagi peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata mahkamah adalah tempat yang tepat untuk anak guamnya bercakap benar bagi membela dirinya.
“Beliau berdepan pertuduhan serius dan mesti diberi ruang untuk pembelaannya," katanya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (gambar, bawah) kemudian berkata beliau memahami isu ‘dengar cakap’ yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan dan sama ada ia dibenarkan atau tidak, ia akan ditentukan kemudian.
“Tetapi buat masa ini saya bersetuju untuk memberikan sedikit ruang kepada mereka (pihak pembelaan) membela diri dengan mengemukakan pembelaan yang sewajarnya,” kata hakim itu sebelum mahkamah ditangguhkan seketika.
Semasa menyambung keterangannya, Ahmad Zahid berkata individu ketiga adalah Ahli Parlimen Bagan Serai yang diberikan dana pembangunan untuk kawasannya tetapi terdapat beberapa dokumen yang beliau (Ahmad Zahid) lihat sendiri bahawa peruntukan tersebut telah dijalankan oleh adiknya sebagai pegawai khas.
“Ada penyelewengan dan atas kekhuatiran siasatan dan tuduhan akan dikenakan ke atas beliau (Ahli Parlimen Bagan Serai) saya tahu sendiri bahawa dia ambil keputusan untuk lompat ke PPBM (Bersatu),” jelasnya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau mempunyai fakta dan bukti mengenai perkara yang beliau sebutkan kerana pada masa itu beliau memegang jawatan Presiden Umno selepas Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatannya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata beliau memulakan kerjaya politiknya dari bawah dengan belajar tatacara politik dan bukan melalui jalan pintas.
“Saya belajar tatacara politik, saya tidak pernah masuk politik melalui tingkap, saya melalui tangga politik dari bawah.
"Oleh itu, saya memahami etika dan budaya politik dalam parti yang saya nakhodai,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak pernah merancang untuk memegang sebarang jawatan dalam politik tetapi ia adalah di atas restu Allahyarham ibunya yang memintanya untuk kerap pulang ke kampungnya di Bagan Datuk.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa ketua SPRM masa tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 28-6-2022 05:20 PM
Parti melayu sama parti melayu begaduh sesambil songlap harta negara,ujung2 salahkan dap..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wak jahit nak kata orang lain pun jahat jugak, kenapa dia sahaja yang kena bicara ker
macam la dia tak tau budaya umno memang macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
budaya PH.......pemimpinnya dan sesiapa yg menyokongnya boleh selamat....
yg sedang dibicara pun boleh ditarikbalik pendakwaan, yg boleh didakwa, tidak didakwa....
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni pun sama macam wk jahit, bila kena diri sendiri salahkan orang lain.
baik salahkan DAP jer , senang kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 28-6-2022 05:57 PM
digantikan dengan yg ini....
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 28-6-2022 05:56 PM
digantikan dengan yg ini....
Smpi skrg x bole brain bagaimana dari ahli majlis pimpinan tertinggi pkr upgrade tetiba jd Ketua Pengarah SPRM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lista at 28-6-2022 06:38 PM
Ahli parlimen Masjid Tanah - mas emeryanti
Ahli parlimen Jeli - Tok Pa
Ahli parlimen Bagan serai - Noor azmi
Betul atau tak kena buktikan dlm mahkamahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lista replied at 28-6-2022 06:25 PM
Ahli parlimen Masjid Tanah - mas emeryanti
Ahli parlimen Jeli - Tok Pa
Ahli parlimen Bagan serai - N ...
Nk buktikan mcm mana kalo si Mas Emeryanti tu sendiri Timbalan Menteri JPM (hal ehwal undang2 dan parlimen). |
|
|
|
|
|
|
|
buang semua yang kotor melampau dalam umno. tinggal yang kotor sikit2 je. mudah2an boleh jadi bersih semula |
|
|
|
|
|
|
|
Wak jahid ni kalo masuk tirai besi iols bersorak giranggg. Meluat betul tgok muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
nilah budaya..I know what you did yesterday,,,,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
So, wak jahit ni kiranya mengaku la kt court mmg dia pun sekapal dgn najibun kaki songlap |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 28-6-2022 10:20 PM
Wak jahid ni kalo masuk tirai besi iols bersorak giranggg. Meluat betul tgok muka dia
Dua2 dia ada peluang, sama ada ke Putra Jaya atau ke Sg Buloh. |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 28-6-2022 05:24 PM
wak jahit nak kata orang lain pun jahat jugak, kenapa dia sahaja yang kena bicara ker
macam ...
Umno dari atas sampai ke bawah rosak dah bang.. pantang ada peruntukkan @ duit utk program apa² laju jer dia sakau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|