CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Penunggang motosikal nazak sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia

[Copy link]
Post time 29-6-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN maut di Kilometer 270 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Seremban: Seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Kilometer 270, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, awal pagi tadi, sempat memberikan nombor telefon ibunya untuk dihubungi.

Lukman Hakim Ramlan, 22, dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Segamat, Johor dari kediaman rakannya di Shah Alam, Selangor sebelum terbabit kemalangan jam 2.25 pagi.

Sepupunya, Nurafiq Safwan Abu Bakar, 30, berkata, Lukman Hakim tidak menunjukkan sebarang tanda pelik, namun sempat bertanya untuk meminjam motosikalnya untuk ke ibu negara.

"Arwah membantu saya menjual produk jualan langsung secara sambilan. Biasanya dia akan ambil dahulu produk dan membayarnya pada awal bulan tetapi kali ini, dia bayar lebih awal.

"Arwah ke Shah Alam kira-kira jam 9 malam tadi dengan menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya sebelum bergegas pulang ke Segamat kerana perlu bekerja hari ini," katanya dihubungi.

Nurafiq Safwan berkata, berdasarkan maklumat, sepupunya itu dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubunginya atau berhubung dengan polis.

"Individu di lokasi kejadian menemui dia dalam keadaan nazak namun dia sempat memberikan nombor telefon ibunya kepada individu berkenaan.

"Saksi kejadian ini boleh hubungi ibu saudara di talian 011-35110706 atau saya di talian 011-63669558," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh dari belakang oleh kenderaan yang tidak dikenal-pasti.

"Akibatnya, mangsa meninggal dunia di lokasi manakala kenderaan terbabit melarikan diri dari lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Inspektor Sharveen Raj di talian 014-21676424 bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-sebelum-meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 10:59 AM | Show all posts
takziah....muda lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list