CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Peniaga bakso mengaku rasuah polis RM200,000

[Copy link]
Post time 30-6-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang peniaga bakso mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis bertujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan pada serbuan, November tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zaed Asan, 34, didenda RM100,000 dan jika gagal melunaskannya, dia boleh dipenjara 24 bulan.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama telah secara rasuah memberikan suatu suapan, iaitu wang tunai RM200,000 kepada seorang ejen kepada PDRM sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan pada serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Lima rakan tertuduh itu ditahan atas kesalahan jenayah penipuan pelaburan di sebuah apartmen di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 13 November 2021.

Kesalahan itu dilakukan di dalam kereta Volkswagen Passat di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Nilai Square Commercial Centre, kira-kira jam 1.20 pagi, 14 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada tempoh pemenjaraan yang lama sekali diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam, Kamal Adha Mohd Harozi merayu mahkamah menjatuhi hukuman berbentuk denda memandangkan tertuduh mempunyai seorang isteri dan dua anak berusia setahun serta dua tahun.

"Tertuduh juga perlu membayar ansuran kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada orang tuanya. Tertuduh hanya menurut arahan suspek iaitu rakannya yang masih bebas," katanya.

Manakala pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, meminta mahkamah menjatuhi hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam serta kesalahan serius yang dilakukan tertuduh.

Wan Shaharuddin turut memuji tindakan tiga anggota polis yang terbabit dalam kes berkenaan namun tidak terpedaya dengan rasuah ratusan ribu ringgit.

Mahkamah turut menetapkan wang RM200,000 itu dilucuthak melalui Ketua Pesuruhajaya SPRM kepada kerajaan Malaysia.

Harian Metro pada November tahun lalu melaporkan, berbekalkan modal RM3,000, pelabur didakwa akan memperoleh untung sehingga lebih RM60,000 dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket pelaburan tidak wujud yang aktif kira-kira lima bulan lalu berakhir apabila serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai.

Pada operasi jam 10 malam itu, polis menahan lima individu warga tempatan berusia 21 hingga 24 tahun.

Malah, polis turut menahan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di lokasi itu jam 1 pagi kerana cuba menyogok pegawai polis berjumlah RM200,000 supaya tidak mengambil tindakan terhadap individu yang ditahan.


Tertuduh, Mohd Zaed Asan, 34, dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis bertujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakan tertuduh yang ditahan dalam satu serbuan, November tahun lalu. Foto Azrul Edham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 09:29 PM | Show all posts
bijak peniaga bakso berniaga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.306336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list