|
Aksi beregu negara Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ketika menewaskan Wang Chi Lin-Lee Yang pada pusingan kedua Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata Bukit Jalil. NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin cemerlang apabila menumbangkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Chi Lin-Lee Yang dari Taiwan di pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Pada aksi di Arena Axiata Bukit Jalil itu, pasangan ranking ke-10 dunia berkenaan melakar kemenangan 21-17, 21-18 untuk melangkah ke suku akhir.
Mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto dengan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel bagi merebut tempat ke separuh akhir, esok.
Sementara itu, tiga lagi wakil negara iaitu beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Chen Tang Jie-Valaree Siow gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas tewas di tangan lawan masing-masing.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ngkir-juara-olimpik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|