View: 1452|Reply: 12
|
[Tempatan]
Padah tinggal barang niaga tempat awam
[Copy link]
|
|
Padah tinggal barang niaga tempat awam
MPHS menyita barangan empat penjaja yang meninggalkan barangan mereka di tempat awam di sekitar Jalan Meranti, Bandar Baru Batang Kali, di sini. FOTO IHSAN MPHS
Hulu Selangor: Tindakan empat penjaja meninggalkan barangan mereka di tempat awam di sekitar Jalan Meranti, Bandar Baru Batang Kali, di sini, mengundang padah.
Walaupun sudah diberi notis awal namun penjaja berkenaan gagal mematuhinya dan menyebabkan ia disita dalam operasi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) hari ini.
Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, seramai 28 anggota operasi terdiri daripada 26 anggota penguatkuasa dan dua anggota daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) terbabit dalam operasi ini.
Menurutnya, operasi dijalankan selepas setelah mendapati penjaja di kawasan itu gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.
"MPHS mengeluarkan notis awal kepada penjaja pada Februari dan Jun lalu supaya tidak meninggalkan barang-barang perniagaan selepas tamat waktu operasi.
"Namun, didapati penjaja masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan sehingga menyebabkan tindakan sitaan diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam operasi itu, sebanyak empat gerai disita dan tindakan sitaan ini dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a), dan 46(3), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 iaitu meletakkan sesuatu apa-apa himpunan di tempat awam.
"Penjaja yang mempunyai lesen penjaja dikeluarkan oleh MPHS perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Tindakan ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan MPHS dan pemantauan serta tindakan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-niaga-tempat-awam
|
|
|
|
|
|
|
|
Org meniaga memang mcm ni....
Memula bukak meja....past tinggalkn mejab& payung....pastu tambah kerusi meja...lelama laluan tempat org jln kaki pun tak de....
Dah lah mengundang tikus & menyemakkn mata..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu nanti ade la yg menyalak pbt selalu kacau periuk nasi melayu. Padahal yg ko langgar sini sana mau pejam mata kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujungnya salahkan DAP. Selangor kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujungnya salahkan DAP. Selangor kan? |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 1-7-2022 12:00 AM
Org meniaga memang mcm ni....
Memula bukak meja....past tinggalkn mejab& payung....pastu tambah keru ...
Patut ler mudah kena sihir. Bembarang merata2 ditinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan barang2 dah selamat kena angkut oleh matpit. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 1-7-2022 04:18 AM
Patut ler mudah kena sihir. Bembarang merata2 ditinggal
Ane.....
Klu org nk sihir...bkn sbb tinggalkn brg pun blh sihir lah Ane......thru angin pun blh ane....asap rokok pun blh ane..... |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga pasar malam tu hari2 kemas barang bawak balik..nie dah lah Tak bayar duit tapak ke cukai,cart tu tinggal merata ,ada samapai ambik petak parking. Nasib lah pihak PBT pemalas sama macam depa ..
Dah sita tu ,lelong terus Tak payah lah simpan sampai jadi tukun kat store PBT ..membazir |
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkihkihkih-bangla,indon,nepal,myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg menyampah peniaga tepi jln yg suka ambik hak org lain. Senang ati letak kerusi tak bagi kete parking sedangkan tu kotak parking. ada yang dah bungkus payung niaga, boleh pulak ikat kat tiang tnb bila balik. harap 1 ari kena kejutan letrik baru insaf kut |
|
|
|
|
|
|
|
Kat puchong permai tu..siap bertikus bagai dah..
Mb bleh plak kasi buka balik..
Padahal kotor yahamat |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus acik2 sama2 sokong PBT bila dorang buat kerja. The least we can do.
Jangan ada suara2 sumbang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|