View: 1026|Reply: 1
|
'Mental koyak' musuh Zii Jia
[Copy link]
|
|
Lee Zii Jia terpaksa akur apabila tewas di tangan lawan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Kekalahan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di pusingan kedua Terbuka Malaysia, kelmarin sudah pasti sesuatu yang memeritkan buat pemain itu apatah lagi episod hitam berkenaan berlaku di hadapan ribuan penyokong sendiri.
Pemain nombor lima dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan lawan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
Sebaik tamat perlawanan, Zii Jia yang ditemui media bagaimanapun kekal positif dan percaya keputusan itu tidak akan melunturkan semangat dan tahap keyakinannya sekali gus bertekad untuk kembali bangkit dalam tugasan seterusnya.
Jika dinilai berdasarkan prestasinya dalam perlawanan menentang Shesar itu, jelas lawan yang menduduki ranking ke-26 dunia lebih menguasai permainan sekali gus memberi tekanan buat juara Asia berkenaan untuk mengekalkan fokusnya dalam perlawanan.
Aksi di set ketiga terutama ketika situasi penting menyaksikan Zii Jia yang menduduki ranking kelima banyak melakukan kesilapan mudah sekali gus memberikan ruang kepada Shesar untuk mengutip mata dan bertambah yakin untuk menamatkan permainan dengan noktah kemenangan.
Dalam situasi seperti inilah kekuatan mental memainkan peranan yang cukup penting buat Zii Jia untuk mengatasi tekanan sekali gus membolehkan dia mengubah strategi permainan yang lebih berkesan untuk menundukkan lawannya.
Lee Zii Jia tewas kepada lawan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia, kelmarin. - NSTP/Asyraf Hamzah
Dia perlu memastikan dirinya tidak berdepan dengan situasi 'mental koyak' kerana ia adalah elemen yang cukup penting yang mana akan menjadi penentu siapa yang bakal memenangi perlawanan.
Dengan Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun bulan depan menjadi sasaran utamanya tahun ini, Zii Jia perlu melipat gandakan usaha bagi menguatkan mentalnya jika benar-benar mahu menjadi pemain pertama Malaysia merangkul gelaran dunia.
Dia turut menanggung beban untuk melakar pencapaian terbaik di Tokyo selepas mencetuskan kontroversi susulan keputusannya menarik diri daripada beraksi Sukan Komanwel Birmingham 2022, hujung bulan ini atas alasan untuk memberikan fokus kepada Kejohanan Dunia.
Jadi, 'otak' Zii Jia perlu berfungsi dengan baik apabila dia tampil beraksi di Kejohanan Dunia, jika tidak mahu percaturannya 'mengetepikan' Sukan Komanwel sehingga dilabel kurang semangat kenegaraan memakan dirinya di bumi Tokyo nanti.
https://www.bharian.com.my/sukan ... koyak-musuh-zii-jia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|