View: 3015|Reply: 1
|
Faizal mahu ke Lebanon lagi,Utusan 23 Sep
[Copy link]
|
|
Faizal mahu ke Lebanon lagiOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan ihsan TV3
| FAIZAL bersama keluarga Atiff Mohamed Khalil yang memiliki kisah yang sungguh menyayat hati.
|
PELUANG yang diberikan kepadanya selama lima hari menjelajah bumi Lebanon telah meninggalkan pelbagai rasa buat artis ternama ini. Kisah penderitaan rakyat Palestin sehingga hidup merempat sebelum ini hanya dibaca dan ditonton menerusi media.
Tidak pernah dia membayangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat negara itu sebenarnya sesuatu yang melangkaui akal fikiran.
Biarpun tidak sampai di Palestin dan hanya di Lebanon, namun, perasaan yang dialami Faizal Tahir tetap sama.
Hatinya cukup tersentuh melihat keadaan penduduk di Lebanon yang hidup dalam serba kedaifan dengan infrastruktur yang tidak sempurna.
Kehadirannya di bumi Lebanon bukan sebagai seorang penghibur tetapi untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin.
"Benarlah kata orang. Selagi kita tidak melihat dengan mata kepala sendiri, barangkali sukar untuk kita mempercayainya.
"Apabila saya ke sana selama lima hari, saya hilang kata-kata melihat kehidupan umat Islam di sana. Saya menjadi sebak dan menahan air mata ini daripada mengalir.
"Bayangkan, di negara mereka sendiri pun, mereka tidak berpeluang untuk menikmati hidup dalam kesempurnaan.
"Dengan penuh jujur saya mengakui, lima hari di sana telah memberikan keinsafan buat diri saya dan membuatkan saya bersyukur dengan nikmat hidup yang saya miliki selama saya hidup," ujar Faizal dalam nada perlahan.
Komposer dan penulis lirik terkenal itu ditemui pada sidang akhbar khas sempena kepulangannya dari Lebanon yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Aqsa Syarif Berhad yang juga bapa Faizal, Dr. Mohd. Tahir Abd. Rahman dan pengerusinya, Hasanuddin Mohd. Yunus.
Bertolak ke Lebanon pada 12 Ogos lalu, rombongan Faizal itu turut disertai oleh krew rancangan Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin
cerita lama tapi utusan baru siar hari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
I agree with essay dune that true comprehension comes from utilizing new information in engaging activities. I feel strongly that "lecturing" can only be one of many stimuli used in the classroom. |
|
|
|
|
|
|
| |
|