|

Sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Masjid Iboi, Kupang, Baling, malam tadi. - Foto ihsan bomba
BALING: Belum lagi reda kejutan tragedi banjir dan kepala air melanda Kampung Masjid Iboi, Kupang, di sini, kelmarin, sebuah kedai di lokasi sama musnah dalam kebakaran pula, malam tadi.
Insiden 'sudah jatuh ditimpa tangga' itu menyebabkan premis terbabit musnah 70 peratus, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, setakat ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.35 malam.
Susulan itu, beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Jusoh Abdul Wahab, bergegas ke lokasi sebelum mendapati sebuah kedai kelas A sedang dijilat api marak.
"Lokasi kebakaran itu adalah kawasan kejadian kepala air yang melanda kelmarin," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Lalang Siong, Kuala Pegang, Gurun, Bedong, Merbok, Semeling, Padang Lembu serta Kulim, bersama dua lori tangki air dari PBS Bedong, Gurun dan Juru, Pulau Pinang.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, setakat ini, manakala punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kampung-masjid-iboi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|