CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Siasat aktiviti kelab komedi Crackhouse lebih mendalam'

[Copy link]
Post time 13-7-2022 09:49 PM | Show all posts |Read mode
'Siasat aktiviti kelab komedi Crackhouse lebih mendalam'

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 13, 2022 @ 7:27pm  [email protected]




Jurucakap GNIPP, Ahmad Yakqub Nazri (dua dari kanan) menunjukkan salinan laporan polis di Balai Polis Bayan Baru hari ini. NSTP/Aminah Yusof




BAYAN LEPAS: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) hari ini membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

Jurucakapnya, Ahmad Yakqub Nazri, berkata pihaknya khuatir kelab itu dijadikan medium mempersendakan agama Islam dan bangsa Melayu sebagai bahan jenaka ramai lagi individu atas nama seni serta kebebasan bersuara.

"Kami bimbang kelab itu menjadi tempat berkumpul golongan liberal dan anti-Islam yang tidak segan silu mempermainkan isu agama seterusnya menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

"Kegiatan kumpulan ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana tindakan menghiburkan penonton dengan melakukan penghinaan terhadap agama dan kaum tertentu di khalayak ramai dikhuatiri akan menjadi ikutan individu lain," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru di sini, hari ini.

Ahmad Yakqub turut memohon siasatan penuh terhadap kegiatan kelab komedi terbabit termasuk daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyekat aktiviti yang boleh mengancam keharmonian masyarakat.

Antara pertubuhan yang tampil membuat laporan polis termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Barat Daya, Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang dan Pemuda UMNO Pulau Pinang.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 09:13 AM | Show all posts
bukn sekali tp dh acap kali eh jd gini cuma x kantoi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046342 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list