View: 846|Reply: 11
|
[Dunia]
Malaysia kekal dalam senarai hitam pemerdagangan manusia AS
[Copy link]
|
|
Malaysia kekal dalam senarai hitam pemerdagangan manusia AS
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... agangan-manusia-as/
Oleh KOSMO!
21 Julai 2022, 8:20 am
BLINKEN berucap semasa pelancaran laporan pemerdagangan manusia di Jabatan Negara, Washington kelmarin. - AFP
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) kelmarin menambah Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau ke dalam senarai hitam pemerdagangan manusia bersama-sama Malaysia kerana didakwa lemah dalam menghentikan kegiatan pelacuran secara paksaan atau membantu pekerja imigran.
Dalam laporan tahunannya, AS turut memasukkan Belarus dan sekutu Barat, Bulgaria ke dalam senarai ‘Peringkat 3’ tersebut kerana gagal mengambil serius jenayah pemerdagangan manusia.
“Sekiranya anda lihat laporan ini, anda akan menyaksikan gambaran kemajuan yang berbeza-beza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
Blinken berkata, rasuah menjadi ‘alat utama’ sindiket-sindiket penyeludupan manusia untuk bergantung harap supaya kerajaan menutup sebelah mata terhadap jenayah mereka.
Laporan tahunan pemerdagangan manusia oleh Jabatan Negara itu tidak mengecualikan sekutu rapat AS yang kerap kali mencetus perbalahan pada masa lalu, namun pegawai-pegawai Washington berkata, berita negatif itu mendorong kerajaan-kerajaan terbabit untuk bertindak.
Negara-negara yang berada dalam senarai hitam Peringkat 3 itu tertakluk kepada sekatan AS. Bagaimanapun, Washington berulang kali menangguhkan hukuman terhadap negara-negara sahabat yang berjanji akan melakukan penambahbaikan.
Kari Johnstone selaku pegawai kanan Jabatan Negara bertanggungjawab memerangi penyeludupan manusia berkata, sebilangan kerajaan di Asia diturunkan kedudukan dalam senarai tersebut kerana telah berada dalam pemerhatian sebelum ini serta gagal menunjukkan kemajuan.
“Adalah mengecewakan kerana terdapat sebilangan negara di rantau Asia pada tahun ini yang tidak meningkatkan usaha memerangi pemerdagangan manusia,” katanya kepada pemberita.
Bersama-sama Malaysia, negara yang kekal dalam senarai hitam AS dari tahun lalu lalu adalah Afghanistan, Cuba, Eritrea, Guinea-Bissau, Iran, Myanmar, Korea Utara, Nicaragua, Russia, Sudan Selatan, Syria, Turkmenistan dan Venezuela. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah USA suruh Malaysia menghalalkan pelacuran semacam mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
kes yang jumpa kem kem pemerdagangn manusia kat perlis dulu tu apa ending dia? |
|
|
|
|
|
|
|
LOL. di AS takde cermin ke?? perangai ummah diorang punya sampah sampai viral satu dunia. tak sedo diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la Msia skrg dah setaraf dgn negara2 mundur afrika dgn north korea.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat benda ni kaum sepet, yang ill treat pekerja pun kaum sepet. Tapi kaum sepet jugaklah yang meroyan2 memekak2 kata orang Melayu tak adil. Tetiba! |
|
|
|
|
|
|
|
Stad Dusuki, stadzah Asmak lansung tidak peduli isu sebegini.
Deol kenal Dewa 19 dan Justin Bieber je. Menunjukkan betapa inteleknya stad stadzah kite. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau aku jd piem aku hntr suma pati rohingya bangla, paki 1 kapal kt us......ni x siap dodoikan lagu slmt mlm rohingya....endup kena blacklist, mmg bangang la |
|
|
|
|
|
|
|
idea nak hantaq pati termasuk rohingya ke US ni idea yg bernas.. one way tiket giteww...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah lagi satu menteri.. menteri tak cukup ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|