|
PESILAT negara, Al Jufferi Jamari (kiri) ketika menentang pesilat Singapura di Sukan Sea Hanoi, Vietnam, Mei lalu. FOTO ARKIB NSTP
Kuala Lumpur: "Saya masih ada dua kaki dan satu tangan, jadi saya akan cuba yang terbaik."
Demikian tekad juara dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari yang tetap mahu beraksi di Kejuaraan Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 26 hingga 31 Julai ini, meskipun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kanan.
Walaupun dinasihatkan untuk menjalani pembedahan, Al Jufferi tetap 'berdegil' mahu beraksi dalam usahanya memburu kejuaraan dunia keempat sebelum mengumumkan persaraannya selepas itu.
"Insya-Allah kalau sampai ke final, saya terus bersara. Selepas kejuaraan dunia, saya akan terus buat pembedahan.
"Risiko untuk alami kecederaan tetap ada dan kesakitannya akan lebih teruk berbanding ketika di Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei lalu.
"Ia agak mengganggu fokus, tapi daripada segi semangat dan tekanan, saya tak berdepan sebarang masalah," katanya yang mengalami kecederaan ketika beraksi di Hanoi.
Menurutnya, dia sedar lawan pasti mensasarkan untuk menyerang pada bahagian cedera itu untuk menewaskannya.
Katanya, dia sudah berbincang dengan jurulatih mengenai teknik boleh digunakan jika berdepan situasi seperti itu.
"Berdasarkan pengalaman saya selama 15 tahun dalam sukan ini, jika kita tahu lawan cedera, ia adalah fokus utama untuk melemahkan mereka.
"Apapun saya dilahirkan sebagai seorang pejuang dan akan meneruskan misi buru kejuaraan dunia kali keempat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ad-masuk-gelanggang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|