Sifat simpati seorang pemandu memberi laluan kepada sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan sempit bertukar tragedi apabila keretanya terjunam ke dalam sungai di Melaka petang semalam.
MELAKA – Sifat simpati seorang pemandu memberi laluan kepada sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan sempit bertukar tragedi apabila keretanya terjunam ke dalam sungai petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri dari kereta Mercedes Benz E250 dipandunya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menuju Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui Jalan Sungai Nibong.
“Semasa mangsa melalui jalan tepi sungai itu, pemandu terbabit telah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
“Mangsa cuba beralah dengan rapat ke bahu jalan tepi sungai untuk memberi laluan namun tiba-tiba kenderaannya tergelincir masuk ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Christopher, mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-7-2022 08:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kdg2 pernah jumpa driver dpn brek keta just nk bagi laluan keta bertentangan arah nk belok kanan. Driver yg belok tu x mintak pun lg hangin bila keta tu bagi suma keta yg nk belok semua lepas
Post time 21-7-2022 08:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda terima kasih. Jarang jumpa luar melaka. Ada tu ada, tp x selalu.
aku biasa lalu jalan ni,
jalan shortcut bukit beruang - batu berendam.
jalan ni sebenar nya boleh di besar kan lagi.
masih ada ruang kiri kanan,
tapi orang nak elak jalan tak rata dan tinggi kat tepi tu,
bahu jalan tu tajam, takut rosak tayar.
dan juga jadi punca sesak,
sebab adun norhizam hassan baktee yang cerdik,
pegi tutup jalan laluan arah ke taman perumahan sebelah jalan tu.
kalau tak tutup, boleh trafik lalu ke sana,
dan jalan tu pun ada laluan ke masjid dan arah ke jalan besar.
sekarang jadi dua arah berjimpit jimpit dan sengol senggolan,
di jalan sempit celah bedah ittew, naseb tak baik masuk sungai
aku elak lalu sini time peak hour, macam sialan kereta banyak.
Post time 21-7-2022 10:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...
Eh kau.....
Kau tak jumpa lg org kat kg aku.....bkn kg aku...kg ke dalam sikit.....aku masuk kat situ, akak² , mcik² abg² yg berselisih semua angkat tgn.....
Terkejut aku tau....rasa eh, baiknya dorang....tak sombong.....
Post time 21-7-2022 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Carcosa at 21-7-2022 10:29 PM
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...
Baru je tadi aku angkat tangan dekat ambulan, sbb ambulan yg kasi aku jalan Kagum betul aku dgn abang ambulan tu Aku angkat tangan lama gila sambil senyum, and ckp dgn anak aku dkt dlm carseat, see if u do go things, good things will happen to you
And aku bukan org Melaka
Oh sebelum kena kecam tanpa hala tuju, ambulan tu tak menyala siren dia ya.
Post time 21-7-2022 10:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...
Bagus budaya macam ni. Menghargai orang lain. Tapi ada jugak kawan aku yang bengap dia pergi tanya kenapa aku angkat tangan..
Kalau nak tukar lane kalau jalan tu sibuk ke apa dan orang bagi laluan, aku pasang emergency signals sekejap bila dah masuk depan dia. Itu pun maksudnya terima kasih.
Post time 21-7-2022 11:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Syarat angkat tangan mencurigakan taw. Beberapa tahun lepas ada kawan sorang ni insyarat babai babai lama sangat dalam 7saat, tak lama kemudian beliau masuk spital, nasib baik hidup lagi, kalau beliau babai babai 15saat mungkin beliau sudah innalillah