CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1012|Reply: 1

Dua Kali Hamil, Anak Meninggal Dalam Perut Lepas Mimpi Bersalin Disambut Nenek Tua

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Wanita mengalami situasi pelik apabila bayi dalam kandungannya meninggal dunia secara tiba-tiba.


Lebih menghairankan, wanita tersebut mengalami mimpi aneh sebelum bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika melakukan pemeriksaan di hospital.


Memperincikan semula kejadian tersebut, wanita yang lebih senang dikenali sebagai Aliiya berkata, bayi sulungnya meninggal dunia sewaktu berusia 12 minggu dalam kandungan.




IG Aliiya




"Saya berkahwin pada Mac 2019, dan sebulan kemudian disahkan mengandung. Pada usia kandungan 12 minggu, satu malam tu saya mimpi bersalin. Situasinya macam real.


"Saya penat, berpeluh dan menangis teresak-esak. Saya tak pernah bersalin jadi tak tahu rasanya macam mana, cuma bagi saya mimpi itu macam real.


"Suami kejutkan, saya rasa sesak nafas tak boleh cerita lagi. Kemudian baru beritahu suami saya mimpi bersalin. Kebetulan pagi esoknya saya ada check-up kehamilan di klinik. Doktor kata baby tak ada heart beat.


"Mereka rujuk saya ke Hospital Besar Melaka. Di sana, doktor sahkan baby meninggal. Doktor tanya, ada spotting atau bleeding tak? Memang tak ada langsung, sakit perut pun tidak," ujar wanita berusia 25 tahun ini.


Menurut Aliiya, sebagaimana bakal ibu yang lain, dia turut menjaga pergerakan dan pemakanan memandangkan kandungan tersebut adalah kandungan pertamanya.


"Saya down teruk dan rasa terkilan. Tertanya-tanya di mana silapnya? Doktor bagi option sama ada tunggu gugur sendiri atau keluar paksa.


"Tiga minggu tunggu tapi baby tak mahu keluar sendiri, akhirnya terpaksa serah diri ke hospital," ujarnya yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia.


Akur dengan ketentuan takdir selepas kehilangan kandungan pertama, tiga bulan kemudian Aliiya menerima perkhabaran gembira di mana dia disahkan hamil kali kedua.


Namun bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.


Kandungan keduanya menerima nasib seperti kandungan pertama di mana bayinya disahkan meninggal dunia, ketika berusia 11 minggu.


"Kali kedua, saya mimpi bersalin bayi perempuan. Saya pegang baby dan kena kejar dengan makhluk ular berbadan manusia.


"Suami kejut sebab saya menangis. Masa terjaga, saya cuak sebab teringat pengalaman pertama. Seumpama ada bad feeling. Beberapa hari kemudian ada check-up, dan doktor sekali lagi sahkan bayi meninggal dunia.


"Kali ini saya bukan sahaja down, tapi seperti meroyan. Saya pernah minta nak berpisah dengan suami sebab saya rasa ada yang tak kena dengan saya.


"Namun suami tak mahu layan apa yang saya minta kerana dia tahu emosi saya tak stabil," ujarnya yang kini menetap di Krubong, Melaka.


Dua kali mengalami pengalaman aneh kehilangan bayi di dalam kandungan, Aliiya berkata dia kemudian mengikut saranan keluarga mentua untuk mencuba kaedah rawatan Islam.







"Menurut ustaz, 'benda' itu kemungkinan dari nenek moyang atau saya dapat gangguan dari orang lain. Ustaz tak ceritakan secara lanjut.


"Saya berasal daripada keturunan Jawa. Apabila berubat kepada beberapa ustaz, kebanyakannya cakap benda yang sama. Selain lalui kaedah rawatan, mereka nasihatkan saya dekatkan diri kepada Allah.


"Syukur saya beransur sihat. Saya dan suami luangkan masa untuk bercuti dan dalam masa sama saya jaga pemakanan juga. Alhamdulillah, saya dapat rezeki hamil kali ketiga empat bulan kemudian.


"Tidak seperti dua kandungan terdahulu, saya ambil langkah untuk tidak menghebohkan kehamilan ketiga di media sosial. Sebelum ini, saya umum di media sosial dengan niat nak kongsi berita gembira.


"Tapi betul petua orang tua-tua... seeloknya usah hebohkan awal-awal, takut ada orang niat jahat. Hanya apabila kandungan masuk bulan ketujuh, barulah saya kongsi di media sosial," ujarnya lagi.


Aliiya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15 Januari 2021.


Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 150,000 jumlah tontonan di TikTok, Aliiya berkata perkongsiannya sekadar untuk menceritakan pengalaman sendiri agar dapat dijadikan iktibar oleh wanita lain.


"Mengikut pengalaman saya, awal-awal hamil tu cukup famili saja tahu. Kalau nak beritahu kepada orang lain, tunggu kandungan besar sikit.


"Ya, saya trauma. InsyaAllah apabila ada next baby kelak, saya tak nak tunjuk dahulu. Saya jadikan kisah lalu sebagai pengajaran.


"Niat kita baik nak kongsi berita gembira tapi kita tak tahu, mungkin ada orang kurang senang lalu mendoakan perkara yang tidak baik pula," akhirinya.




  





Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku pon jadi macam ni jugak. Setiap kali mengandung je, mimpi nenek tua sambut anak dia. Sekarang kawan aku tu dah selamat bercerai. Alhamdulillah... Kawan2 semua happy sebab dia bercerai dengan jantan hanat tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 2.091008 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list