CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Tempatan] Penulis blog komen jelik terhadap Agong didenda RM4,500

[Copy link]
Post time 22-7-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Penulis blog komen jelik terhadap Agong didenda RM4,500

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ong-didenda-rm4500/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
22 Julai 2022, 3:04 pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penulis blog, Aspan Alias didenda RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei tahun lalu.

Hakim Nor Hasniah Ab. Razak menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Aspan, 70, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kesnya hari ini.

Sekiranya lelaki itu gagak membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama enam bulan dan dia mwmbayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan Aspan didakwa memulakan komen jelik melalui Facebook “Aspan Alias” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pukul 2.47 petang pada 16 Mei 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pukul 9 pagi pada 18 Mei 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.- KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.103855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list