View: 322|Reply: 0
|
[Dunia]
Panda gergasi tertua mati pada usia 35 tahun, menyamai usia manusia 105 tahun
[Copy link]
|
|
Panda gergasi tertua mati pada usia 35 tahun
https://www.utusan.com.my/luar-n ... pada-usia-35-tahun/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
22 Julai 2022, 4:00 pm
AN AN tinggal di Ocean Park Hong Kong sejak 1999.-MARTIN CHAN
HONG KONG: Beruang panda jantan gergasi tertua di dunia mati ketika mencecah usia 35 tahun di Zoo Hong Kong.
Lapor Reuters, beruang bernama An An yang dilahirkan di wilayah Sichuan, 1986, membesar sehingga menyamai usia manusia 105 tahun.
An An tinggal di Ocean Park Hong Kong sejak 1999 dan kesihatannya dilaporkan semakin merosot sejak beberapa minggu lalu, sehingga hilang selera makan.
“Ocean Park amat berdukacita mengumumkan kehilangan An An.
“An An adalah ahli keluarga kami yang sangat diperlukan dan membesar di taman ini bersama-sama.
“Beruang panda itu juga menjalinkan ikatan persahabatan erat dengan penduduk tempatan dan pelancong,” kata Ocean park dalam kenyataan.
Pihak taman menyiarkan berita kematian An An menerusi Facebook sehingga menerima ribuan maklum balas daripada orang ramai.
Pada 2016, beruang panda betina gergasi tertua di dunia, Jia Jia meninggal dunia ketika berusia 38 tahun.
Kedua-dua beruang itu merupakan pemberian Kerajaan China, manakala, dua lagi panda Ying Ying dan Le Le masih kekal berada di Zoo Hong Kong.
Di China, panda adalah simbol keharmonian, persahabatan dan keamanan.
Beruang dijadikan sebagai sebahagian daripada simbol diplomasi antarabangsa Beijing sejak 1950.
Sejak bertahun-tahun lalu, pakar melahirkan kebimbangan haiwan itu berada di ambang kepupusan.
Tahun lalu, pegawai China berkata, panda gergasi tidak lagi terancam di habitat liar dengan populasi sebanyak 1,800 ekor.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|