View: 1729|Reply: 8
|
'Kesian Ammar, Baru 8 Tahun Dah Dibuli Sebab Pelat & Tak Tahu Membaca'
[Copy link]
|
|
Hanya kerana tidak boleh membaca dan pelat menyebut beberapa perkataan, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dibuli dan disisihkan rakan-rakan di sekolah.
Itu pengalaman pahit dihadapi kanak-kanak dikenali sebagai Ammar seperti diceritakan seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Gambar hiasan
Akhi Fairuz berkata, kanak-kanak itu menceritakan sering dikasari dan dibuli oleh kawan-kawannya disebabkan masalah dihadapi tersebut.
“Ammar ceritakan, dulu dia selalu dibuli dan kawan-kawan sering berkasar dengannya. Kata Ammar, dia dikenakan sebegitu kerana tidak boleh membaca dan pelat beberapa perkataan.
“Bayangkan, hanya kerana masih merangkak membaca, seorang anak kecil berusia lapan tahun disisihkan rakan-rakan.
“Bagaimanakah perasaan seorang anak yang dibuli? Sukakah mereka untuk datang ke sekolah? Seronokkah momen kanak-kanak mereka? Minatkah mereka untuk fokus dan bersemangat ketika belajar?” katanya pada hantaran Facebook.
Dalam pada itu, beliau berkata, sewaktu pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia ke rumah Ammar, mereka disambut mesra oleh kanak-kanak itu dan keluarganya.
“Rupanya Ammar seorang kanak-kanak peramah dan ceria. Sentiasa bersemangat untuk belajar membaca.
“Sepanjang tahun 2021, Ammar terpilih sertai tusyen Untuk Malaysia secara percuma dan kelas ini khusus untuk membantu murid cicir B40 yang tidak boleh membaca,” ujarnya yang turut memberitahu kanak-kanak itu kini sudah lancar membaca.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je budak xpandai baca sampai sekolah menengah siap bergf sume.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ada yang sudi membantu beliau |
|
|
|
|
|
|
|
kata cikgu tadika..on average kanak2 ambik masa 6 bulan je utk mahir membaca...
my kids masuk tadika dari 5 thn..mmg btol after 6 mths mmg dah lancar baca...
tapi my last lmbt sikit...bila tanya cikgu, dia kata syllabus thn tu x fokus membaca tetapi hafazan doa...
gitu pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak, ayah kne ajar anak membaca sebenarnya tapi anak aku pelat gak tpi bru 5tahun, skrg dok ajar sebut dengan betul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|