CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 9

[Dunia] WHO isytihar cacar monyet darurat global. #2, Terus tunjuk trend peningkatan, cacar monyet bakal atasi Covid-19?

[Copy link]
Post time 25-7-2022 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-7-2022 01:22 AM

WHO isytihar cacar monyet darurat global

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... yet-darurat-global/

Oleh KOSMO!
25 Julai 2022, 8:15 am


Wabak cacar monyet kini telah dikesan di 75 buah negara di seluruh dunia. - EPA

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet yang menjangkiti hampir 17,000 orang di 74 negara sebagai darurat kecemasan kesihatan global sekali gus tahap amaran tertinggi agensi antarabangsa berkenaan.

“Saya membuat keputusan bahawa wabak cacar monyet merupakan darurat kesihatan awam yang mencetuskan kebimbang masyarakat antarabangsa,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang akhbar.

Beliau berkata, jawatankuasa  pakar-pakar kesihatan yang bermesyuarat Khamis lalu gagal mencapai konsensus, justeru keputusan  mengisytiharkan amaran tertinggi itu terletak di tangannya.

“WHO menilai cacar monyet sebagai wabak global sederhana melibatkan semua kawasan kecuali  rantau Eropah di mana risikonya adalah tinggi,” kata Tedros.

Lebih 16,800 orang di 74 negara terjejas akibat cacar monyet, demikian menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang disiarkan Jumaat lalu.

Washington menyambut baik deklarasi WHO itu sebagai ‘gesaan kepada masyarakat dunia untuk menghentikan penularan virus itu.’

“Penyelarasan tindak balas antarabangsa perlu untuk menghentikan penyebaran cacar monyet, melindungi komuniti paling berisiko dan memerangi wabak semasa,” kata Pengarah Kanan  Divisyen  Keselamatan Kesihatan Global dan Pertahanan Bio White House, Raj Panjabi.

Lonjakan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu di luar negara-negara Barat dan Afrika Tengah di mana penyakit itu adalah endemik.

Secara keseluruhan, 98 peratus individu  dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala satu pertiga daripada mereka pula mengunjungi premis seks seperti parti seks atau sauna pada bulan sebelumnya.

Tedros sebelum ini menyuarakan kebimbangan wabak itu sukar untuk dikesan berikutan stigma terhadap pesakitnya.

“Wabak ini tertumpu kepada lelaki gay khususnya mereka yang mempunyai berbilang pasangan. Ini bermakna cacar monyet boleh dihentikan sekiranya kita menggunakan strategi yang betul dalam kumpulan sasaran yang betul,” katanya kelmarin.

Tedros menggesa semua negara supaya bekerjasasma rapat dengan komuniti gay, mewujudkan dan melaksanakan perkhidmatan sebaran maklumat secara berkesan dan mengambil langkah melindungi komuniti yang terjejas.

Pada 23 Jun lalu, WHO mengadakan mesyuarat tergempar untuk memutuskan sama ada cacar monyet layak dikategorikan sebagai Darurat Kesihatan Awam yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa sekali gus amaran peringkat tertinggi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Bagaimanapun, majoriti pakar kesihatan yang menyertai mesyuarat tergempar WHO menasihati Tedros bahawa situasi cacar monyet belum sampai ke peringkat tersebut.

Mesyuarat kedua diadakan Khamis lalu ketika kes cacar monyet terus meningkat dan membimbangkan Tedros.

“Saya perlukan nasihat anda semua untuk menilai implikasi segera dan sederhana wabak cacar monyet terhadap kesihatan awam,” kata Tedros pada mesyuarat itu yang berlangsung lebih enam jam.

Menyerupai penyakit cacar, cacar monyet pertama kali dikesan dalam kalangan manusia pada tahun 1970. Cacar monyet adalah kurang berbahaya berbanding penyakit cacar yang dihapuskan dalam tahun 1980.

Sebanyak 95 peratus kes cacar monyet berjangkit menerusi aktiviti seksual, demikian menurut kajian melibatkan 528 pesakit di 16 buah negara yang disiarkan dalam penerbitan New England Journal of Medicine.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Kesatuan Eropah mencadangkan kelulusan penggunaan vaksin cacar, Imvanex untuk merawat cacar monyet.

Imvanex yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Denmark, Bavarian Nordic diluluskan untuk diguna di Kesatuan Eropah sejak tahun 2013 untuk mencegah wabak penyakit cacar. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 celebrities hollywood geng jilat jubo semua kena cacar berok ni. Mesti best tengok orang ketawa kan dorang lgbt ni kat socialmedia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 09:21 AM | Show all posts
Terus tunjuk trend peningkatan, cacar monyet bakal atasi Covid-19?

https://www.utusan.com.my/luar-n ... kal-atasi-covid-19/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
25 Julai 2022, 7:29 am

CACAR monyet setakat ini sudah menjangkiti hampir 17,000 orang di 74 negara.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengisytiharkan wabak cacar monyet yang setakat ini sudah menjangkiti hampir 17,000 orang di 74 negara sebagai darurat kesihatan global.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan penularan wabak itu secara global dan kebimbangan pelbagai pihak mengenainya.

Katanya, pasukan pakar yang mengadakan pertemuan pada Khamis lalu gagal mencapai kata putus mengenai wabak tersebut, sehubungan itu, beliau memutuskan untuk mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global.

“Penilaian WHO mendapati risiko cacar monyet adalah sederhana secara global di kebanyakan negara, kecuali di Eropah,” katanya.

Cacar monyet setakat ini menjangkiti lebih 16,800 orang di 74 negara, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada 22 Julai lalu.

Dalam pada itu, Washington menyambut baik keputusan yang dibuat oleh WHO dan menggesa seluruh dunia bekerjasama untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

“Kerjasama dan kefahaman global dapat membantu menghentikan penularan cacar monyet, sekali gus melindungi komuniti daripada dijangkiti wabak itu,” kata Raj Panjabi, Pengarah Kanan Jabatan Pertahanan Bio dan Keselamatan Kesihatan Global di White House.

Peningkatan penularan cacar monyet di luar negara Barat mula direkodkan pada awal Mei lalu, manakala penyakit itu sudah lama bertapak di Amerika Tengah.

Secara keseluruhannya, sebanyak 98 peratus individu yang dijangkiti merupakan lelaki gay yang melakukan hubungan seks sejenis.

Sehubungan itu, Ghebreyesus menegaskan, stigma masyarakat terhadap golongan tersebut dikhuatiri boleh menjadikan penularan wabak itu semakin sukar untuk dikesan.

Hal ini kerana, golongan tersebut akan berasa seperti ‘dimalukan dan dipandang serong’ oleh masyarakat.

Jelas Ghebreyesus, perkara itu boleh ditangani dengan pendekatan yang sewajarnya.

Tegasnya, semua negara perlu ‘berkomunikasi dan bekerjasama’ dengan golongan berkenaan supaya maklumat mengenai cacar monyet dapat disalurkan dengan tepat, sekali gus meningkatkan pemahaman bagaimana penyakit itu tersebar.

VAKSIN

Pada 23 Jun, WHo mewujudkan jawatankuasa pakar untuk memutuskan sama ada cacar monyet boleh diisytiharkan sebagai Kebimbangan Antarabangsa Mengenai Darurat Kesihatan Awam, iaitu tahap amaran tertinggi yang dikeluarkan oleh agensi tersebut.

Namun, majoriti menasihatkan Ghebreyesus bahawa situasi itu masih belum sampai ke ‘peringkat ancaman’.

Kemudian, pertemuan kedua diatur pada Khamis lalu berikutan peningkatan jumlah kes dan disebabkan jawatankuasa berkenaan masih belum memutuskan apa yang perlu dilakukan, maka Ghebreyesus mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kecemasan global.

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 528 orang di 16 negara, 95 kes jangkitan adalah menerusi aktiviti seksual.

Keadaan itu menyebabkan Agensi Ubatan Kesatuan Eropah mencadangkan kelulusan penggunaan vaksin Imvanex untuk merawat cacar monyet.

Imvanex yang dikeluarkan syarikat ubatan Denmark, Bavarian Nordic diluluskan penggunaannya di EU sejak 2013 bagi mencegah penularan demam campak.

Antara gejala dijangkiti cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot dan sakit belakang dalam tempoh lima hari.

Cacar kebiasaannya keluar pada muka, tapak tangan dan kaki, diikuti dengan melepuh, luka dan kudis. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 babi2 yang mencelup merata CASH kena cacar monyet... sesungguh nya monyet lebih mulia takde birah bertukar2 pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:44 AM | Show all posts
berpunca dr golongan LGBT...tuhan melaknat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:49 AM | Show all posts
masih dalam move 1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
homophobes senyum sinis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 10:01 AM | Show all posts
Iols flip my hair back and forth, kata Abam Sajat sesambil usha2 abam2 sado LGBT kat Australia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 10:06 AM | Show all posts
Setelah meriah mereka merayakan bulan lepas kembali sembunyi semula bila kempen baru bermula
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:08 AM | Show all posts
Ummah lgbtq boleh lah pakat cucok awal2. Kang tak pasal2 menyebar virus monyet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053542 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list