|
Enam lokasi judi di Kedah kena serbu
WANITA yang ditahan polis kerana disyaki melakukan penjualan tambah nilai judi dalam talian di sebuah premis di Alor Mengkudu.FOTO Ihsan PDRM
Alor Setar: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah melakukan enam serbuan serta tangkapan Op Dadu di tiga daerah membabitkan judi secara dalam talian dan jualan loteri awam tanpa lesen pada Sabtu dan semalam.
Serbuan dilakukan di Alor Setar, Sik dan Kulim.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari berkata, dalam serbuan pertama di Kulim, sepasukan pegawai dan anggotanya menyerbu sebuah premis tambah nilai judi dalam talian di Kampung Tebuan, Karangan pada 6 petang, Sabtu lalu.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Terengganu.
"Selain itu, dua lagi lokasi serbuan adalah di sebuah kontena di tepi jalan Kampung Tebuan dan di sebuah premis Taman Selasih, Kulim yang disyaki menjalankan aktiviti sama.
"Dua lelaki ditahan masing-masing berusia 23 dan 45 tahun di dua lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Roze berkata, dalam serbuan di Lunas, Kulim pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun iaitu pembantu kedai.
Sementara itu, dalam serbuan kelima di tepi jalan Pekan Sik pada 3.29 petang semalam, pegawai dan anggotanya menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.
"Dalam serbuan di Alor Mengkudu, di Alor Setar semalam pula, polis menahan seorang wanita berusia 45 tahun kerana menjalankan aktiviti menjual tambah nilai judi dalam talian," katanya.
Siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kedah-kena-serbu
|
|