CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 4

[Tempatan] Tarik semula lesen pemilik bengkel

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Tarik semula lesen pemilik bengkel
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI, MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY dan NUR IFTITAH ROZALAN | | 23 Julai 2022



SHAH ALAM - Pemilik bengkel yang dikenal pasti menjalankan khidmat mengubah suai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu ditarik semula lesen perniagaan mereka.

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan atau pemasangan aksesori yang tidak mengubah identiti dan tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.

Menurutnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menyatakan mana-mana individu tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan sama ada motosikal atau kereta termasuk kenderaan komersial melebihi modifikasi yang ditetapkan.


Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua

“Penguat kuasa mesti ambil tindakan serta-merta dan beri hukuman paling berat kepada pemilik, termasuk menarik semula lesen perniagaan.

“Jika sudah dapat bukti bahawa pemilik bengkel ubah suai motosikal sehingga tidak diterima oleh JPJ, ia sudah menjadi bukti kukuh untuk mereka diambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di kawasan tersorok.

“Tapi masalahnya mereka (pemilik bengkel) buat (ubah suai) secara senyap-senyap. Jadi di mana kita nak cari lokasi mereka?” soalnya.

Ujar beliau, permintaan yang tinggi untuk mengubah suai dan meningkatkan kelajuan motosikal bagi tujuan lumba haram menyebabkan pemilik bengkel akan terus menjalankan perniagaan meskipun sedar ia menyalahi peraturan jalan raya.



Mat motor berbeza dengan mat rempit
“Kena ingat, tidak ada permintaan maknanya tidak ada penawaran. Sekarang ada permintaan yang tinggi, jadi pemilik bengkel ini tidak akan berhenti.

“Persoalannya, bagaimana kita nak hentikan permintaan itu?

“Ramai kata polis kena buat kerja, tapi ada kalanya kita pun kasihan dengan polis kerana sebenarnya agak sukar untuk mat rempit dimasukkan ke penjara, melainkan mereka menyebabkan kemalangan yang membawa kematian,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sen-pemilik-bengkel
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 11:13 AM | Show all posts
bengkel org meleis
supplier borong kedai accessory geng2 cinis

yg kena org meleis ja......babik
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 bengkel kat ceruk belakang rumah tu ada lesen tak?


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:44 AM | Show all posts
Pemilik bangkel dan pemilik motor yang mengarahkan harus dihukum.  Kalau hanya salah satu mana nak berkesan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju...jgn lupa jugok..2 sebatan patut jugok dikenakan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038680 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list