View: 905|Reply: 12
|
Guna MI5, Calon PM Britain Janji Bersikap Lebih Keras Terhadap China
[Copy link]
|
|
Calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berjanji akan bersikap lebih keras terhadap China jika beliau dipilih memegang jawatan itu kelak.
Bekas Menteri Kewangan Britain itu membuat ikrar itu selepas pesaingnya dalam perlumbaan terakhir untuk mengetuai parti Konservatif yang memerintah, Liz Truss, menuduhnya lemah terhadap China dan Rusia.
Reuters
Cadangan Sunak termasuk penutupan semua 30 Institut Confucius di Britain, menghalang penyebaran kuasa lembut pengaruh China melalui program budaya dan bahasa.
Sunak juga berjanji untuk menendang Parti Komunis China (PKC) keluar dari universiti UK dengan memaksa pertubuhan pendidikan tinggi mendedahkan pembiayaan asing lebih daripada 50,000 Pound Sterling (RM266,694.40) dan mengkaji semula perkongsian penyelidikan.
Agensi pengintip domestik Britain, MI5 akan digunakan untuk membantu memerangi pengintipan China.
Beliau akan berusaha untuk membina kerjasama antarabangsa dengan gaya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menangani ancaman China di alam siber.
Beliau juga akan mengkaji kes untuk mengharamkan pengambilalihan aset utama British oleh China termasuk syarikat teknologi yang sensitif secara strategik.
Sunak mendakwa, China mencuri teknologi mereka dan menyusup masuk ke universiti di dalam negara selain menyokong Vladimir Putin dengan membeli minyak Rusia serta cuba membuli jiran termasuk Taiwan.
"Mereka menyeksa, menahan dan mengindoktrinasi rakyat mereka sendiri termasuk di Xinjiang dan Hong Kong dengan melanggar hak asasi manusia.
"Dan mereka terus-menerus menipu ekonomi global yang memihak kepada mereka dengan menekan mata wang mereka.
"Saya akan menukar perkara ini pada hari pertama saya sebagai Perdana Menteri," katanya.
Global Times yang dikendalikan kerajaan China sebelum ini melaporkan, Sunak adalah satu-satunya calon dalam pertandingan itu dengan pandangan yang jelas dan pragmatik membangunkan hubungan antara United Kingdom (UK) dan China.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ha..ha...
Kucing mahu tunjuk langsi sama sang harimau.
Banyak mimpi basah nampaknya UK ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rishi ni dh sunak ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sekngucing at 26-7-2022 12:42 AM
india memang musuh semulajadi china
nampaknya dah duk uk bertahun pun perasaan benci india masih menebal |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing: Edited by sekngucing at 26-7-2022 12:42 AM india memang musuh semulajadi chinanampaknya dah duk uk bertahun pun perasaan benci india masih menebal
U.K mmg apa apa bangsa pun boleh jadi P.M ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia ini kah di kata kan lebih kaya dari QE?....so dia ada duit untuk jadi PM.... Di banding kan bongoks mahu harris jadi president.. Guna race card... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-7-2022 08:28 AM
Cadangan Sunak termasuk penutupan semua 30 Institut Confucius di Britain, menghalang penyebaran kuasa lembut pengaruh China melalui program budaya dan bahasa.
Sunak juga berjanji untuk menendang Parti Komunis China (PKC) keluar dari universiti UK dengan memaksa pertubuhan pendidikan tinggi mendedahkan pembiayaan asing lebih daripada 50,000 Pound Sterling (RM266,694.40) dan mengkaji semula perkongsian penyelidikan.
-------------------------------
ini strategik lembut yg menarik ....tapi tak dinafikan semakin banyak student PRC pi UK and pepandai especially dalam Computer science, maths, fundamental science...dan salah seorangnya memang bagi tahu i yg dia akan kembali ke china in 15 years'stime lepas merantau , masa tu facilities di china dah mandiri dah untuk jadikan depa hub penyelidikan terbaik...that was what he said back in 2014.
tang institute institute ni yg nak promote doktrinasi - alahai macam tak biase kan di Malaysia , segala pemikiran resapan liberal ke nn liberal alahai melalui institut institut yg berkiblat depa akan promote budaya itu. as simple as that. yg tak tahu bangge lah dipilih jadi ahli institute tu. biase le.
Wah Rishi nak gune M15 dah....hmm ..selama ni UK tak pay attention ke bebenda ni , amat mengejutkan...tapi bagus jug artikle ini. invasion kuasa asing secara lembut ginilah ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak juga secara surface bolehlah , you tengok yg M leamington spa from darah keturunan Kurdish
u rasa depa nak ke ambik menteri atau home minister dari keturunan say, Al Banna? depa tengok profilelah juga tapi kita je yg tak tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah belum jadik pm dah dedahkan semua strategi perang dingin dan panas dengan china.. dalam masa hubungan ekonomi antara kedua negara berjalan, tapi bahagian lain bercakaran pulak.
.. tapi boleh tahan jugalah uk ni negara kecik tapi garang bising dan annoying dengan china, dengan russia pun tak takut, bantu ukraine dengan mcm2 senjata depan mata russia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kejutkan naga yang sedang tidur |
|
|
|
|
|
|
| |
|