CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 5

[Dunia] Jalani pemeriksaan kesihatan zakar secara online

[Copy link]
Post time 25-7-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Jalani pemeriksaan kesihatan zakar secara online

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... akar-secara-online/

Oleh KOSMO!
25 Julai 2022, 2:24 pm


Aplikasi HeHealth menjamin identiti pesakit terlindung dan saringan yang dibuat adalah 90 peratus tepat. - Health News Today

SINGAPURA – Sebuah firma kesihatan di Singapura membangunkan satu aplikasi kesihatan yang membolehkan kaum lelaki membuat pemeriksaan alat sulit mereka secara online, lapor laman Coconut News.

Aplikasi HeHealth yang dilancarkan baru-baru ini adalah untuk membantu mengesan penyakit kelamin hanya dengan melihat gambar alat sulit pesakit yang dimuat naik di laman web tersebut.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyaring penyakit kelamin atau STD dan menjawab semua persoalan mengenai masalah kesihatan lelaki tanpa pendedahan identiti pesakit.

“Menyelesaikan masalah zakar, cara baharu,” umur firma tersebut dalam iklan online.

Firma itu mahu orang ramai berhenti membuat diagnosis sendiri dengan menaip masalah di laman Google dan mula mendapat nasihat sebenar kepada soalan berkaitan STD yang dijawab oleh pakar kesihatan bertauliah.

Apa yang perlu dilakukan adalah memuat naik foto alat sulit dan HeHealth akan menyaringnya dan mengenal pasti simptom yang dikaitkan dengan keadaan seperti jangkitan kulat, STD dan juga kanser zakar.

Aplikasi ini direka untuk menghapuskan stigma mencari diagnosis profesional untuk penyakit kelamin.

Jenama itu mengatakan binaan AI aplikasinya mempunyai kadar ketepatan 90 peratus untuk mengenal pasti jenis STD.

“Bukan sahaja di Singapura tetapi di kebanyakan negara, STD banyak dikaitkan dengan stigma. Stigma ini sering menjadikan pesakit STD cenderung mempercayai ‘diagnosis orang ramai’ yang selalunya tidak tepat dan tidak boleh dipercayai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HeHealth, Yudara Kularathne.

Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna menyenaraikan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, e-mel atau alamat mereka.

Ia juga menjanjikan ruang selamat di mana orang ramai boleh berhubung tanpa nama dan mendapatkan sokongan tanpa rasa takut daripada komuniti menyokong.

Ciri yang akan dilancarkan tidak lama lagi termasuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui perkhidmatan tele-kesihatan jika gejala dikesan.

Aplikasi ini telah diuji secara langsung 18 bulan sebelum pelancaran rasminya pada akhir April dan telah menjalankan lebih 1,000 analisis AI setakat ini.

HeHealth adalah sebahagian daripada program inkubasi Universiti Pengurusan Singapura dan sedang bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan bagi membangunkan platform tersebut. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
STD Shiva The Destroyer tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 03:03 PM | Show all posts

Tangkap Gambar Dan Selesaikan Masalah Zakar Secara Online

Sebuah firma kesihatan di Singapura membangunkan satu aplikasi kesihatan yang membolehkan kaum lelaki membuat pemeriksaan alat sulit secara online, lapor laman Coconut News.


Aplikasi HeHealth yang dilancarkan baru-baru ini adalah untuk membantu mengesan penyakit kelamin hanya dengan melihat gambar alat sulit pesakit yang dimuat naik di laman web tersebut.


Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyaring penyakit kelamin atau STD dan menjawab semua persoalan mengenai masalah kesihatan lelaki tanpa pendedahan identiti pesakit.




GoodyMY




“Menyelesaikan masalah zakar, cara baharu,” umur firma tersebut dalam iklan online.


Firma itu mahu orang ramai berhenti membuat diagnosis sendiri dengan menaip masalah di laman Google dan mula mendapat nasihat sebenar kepada soalan berkaitan STD yang dijawab oleh pakar kesihatan bertauliah.


Apa yang perlu dilakukan adalah memuat naik foto alat sulit dan HeHealth akan menyaringnya dan mengenal pasti simptom yang dikaitkan dengan keadaan seperti jangkitan kulat, STD dan juga kanser zakar.


Aplikasi ini direka untuk menghapuskan stigma mencari diagnosis profesional untuk penyakit kelamin.


Jenama itu mengatakan binaan AI aplikasinya mempunyai kadar ketepatan 90 peratus untuk mengenal pasti jenis STD.


“Bukan sahaja di Singapura tetapi di kebanyakan negara, STD banyak dikaitkan dengan stigma. Stigma ini sering menjadikan pesakit STD cenderung mempercayai ‘diagnosis orang ramai’ yang selalunya tidak tepat dan tidak boleh dipercayai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HeHealth, Yudara Kularathne.


Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna menyenaraikan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, e-mel atau alamat mereka.


Ia juga menjanjikan ruang selamat di mana orang ramai boleh berhubung tanpa nama dan mendapatkan sokongan tanpa rasa takut daripada komuniti menyokong.


Ciri yang akan dilancarkan tidak lama lagi termasuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui perkhidmatan tele-kesihatan jika gejala dikesan.


Aplikasi ini telah diuji secara langsung 18 bulan sebelum pelancaran rasminya pada akhir April dan telah menjalankan lebih 1,000 analisis AI setakat ini.


HeHealth adalah sebahagian daripada program inkubasi Universiti Pengurusan Singapura dan sedang bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan bagi membangunkan platform tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada orang tua bagi gambar kote dia. Bulu beruban! Kepada pondan yg jual no iols dekat tua keparat tu, aku sumpah kote kau tumbuh kulat!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:24 PM | Show all posts
Edited by FlexyFox at 8-8-2022 10:27 PM

Baca tajuk pun terus terketawa.  Berani ke you all yg lelaki tunjuk 'itu' online? hahaaha Kata lah leak gambar2 tu... adeh! tak leh bayangkan gambar2 'Koleksi Kote'
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.428062 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list