CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Tempatan] PDRM sambut baik pelanjutan SOSMA, IPCC bagi tempoh 5 tahun

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Acryl Sani


PDRM sambut baik pelanjutan SOSMA, IPCC bagi tempoh 5 tahun

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam yang telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan meluluskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM amat menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang telah mengemukakan semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selain membacakan RUU IPCC 2020 untuk kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, komitmen KDN dan Ahli Parlimen dalam membolehkan usul pelanjutan tempoh kuat kuasa kedua-dua undang-undang itu diluluskan adalah sokongan yang sangat besar dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

“Kita (PDRM) komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Perkembangan membabitkan pelanjutan ini akan memberikan peluang untuk PDRM untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan lebih efisien demi kesejahteraan keluarga Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, jelas beliau, PDRM juga menyambut baik usaha kerajaan ke arah penubuhan IPCC demi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM.

Semalam, Dewan Rakyat telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Usul berkenaan dibentangkan semula oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Dewan Rakyat pada minggu lalu meluluskan usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lepas.

Hamzah berkata subseksyen itu perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Subseksyen itu antaranya menyebut, seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari, bagi maksud penyiasatan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... agi-tempoh-5-tahun/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list