CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Dunia] Russia akan tinggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa 'selepas 2024'

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Russia akan tinggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa 'selepas 2024'


Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - Foto REUTERS


MOSCOW: Russia akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 'selepas 2024' di tengah-tengah ketegangan dengan Barat, penganalisis memberi amaran ia boleh menyebabkan penerbangan kru angkasa akan terhenti.

Pengesahan langkah yang sudah lama dibicarakan itu datang ketika hubungan antara Kremlin dan Barat terjejas berhubung campur tangan tentera Moscow di Ukraine dan beberapa sekatan terhadap Russia, termasuk sektor angkasa lepasnya.

Pakar angkasa lepas berkata, pemergian Russia dari Stesen Angkasa Antarabangsa akan memberi kesan serius kepada sektor angkasa lepas negara itu dan memberi tamparan hebat kepada program penerbangan anak kapalnya, sumber utama kebanggaan Russia.

"Sudah tentu kami akan memenuhi semua kewajipan kami kepada rakan kongsi kami, tetapi keputusan untuk meninggalkan stesen ini selepas 2024 sudah dibuat.

"Saya fikir pada masa ini akan mula menyusun stesen orbit Russia," kata Ketua Agensi Angkasa Russia Roscosmos, Yury Borisov, memberitahu Presiden Vladimir Putin, menurut Kremlin.

ISS akan ditamatkan selepas 2024, walaupun agensi angkasa lepasa

Amerika Syarikat, Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) berkata ia boleh terus beroperasi sehingga sekurang-kurangnya pada 2030.

ISS dilancarkan pada 1998 untuk kerjasama AS-Russia berikutan 'perlumbaan' angkasa lepas mereka semasa perang dingin.

AS berkata, mereka terkejut dengan pengumuman itu.

"Ia satu perkembangan yang malang memandangkan kerja saintifik kritikal yang dilakukan di ISS, kerjasama profesional yang berharga dimiliki oleh agensi angkasa lepas kami selama ini," kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, Pentadbir NASA, Bill Nelson, berkata agensi itu 'belum dimaklumkan mengenai keputusan daripada mana-mana rakan kongsi'. - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... bangsa-selepas-2024

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list